Tuesday, April 14, 2015

Info Sihat : Ketahui 6 Penyebab Perut Buncit

Assalamualaikum....

Adakah anda mengalami situasi seperti ini, badan kurus tapi perut buncit. Mesti tak bestkan, kalau perempuan, silap2 orang akan ingat kita nie tengah mengandung, kalau dah kawin, ok lagi tapi kalau yang masih anak dara, caner? jatuh saham tau hehe....

Jadi, apakah penyebab perut menjadi buncit?


Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Antaranya adalah:

1) Faktor Keturunan
Faktor keturunan yang diwarisi daripada ibu bapa secara umumnya sukar dielakkan. Contohnya, kalau ibu bapa kategori buncit, anak nak slim memang susah sikit.

2) Faktor Penuaan
Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Penurunan hormon ini akan meningkatkan lemak diperut. Sebagai contoh, tengok mak-mak dan ayah-ayah kita, bila semakin tua, memang buncit walaupun ketika muda slim sahaja. 

3) Makanan & Minuman Tertentu
Alkohol adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur. Makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemak yang sangat tinggi. Susu pun boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. Oleh itu, lebih baik ambil susu rendah lemah dalam diet anda.

4) Tembakau
Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan kembung kerana proses penghadaman terganggu.

5) Stress
Keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semulajadi tubuh termasuklah sistem penghadaman. Stress boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan mengembang.

Selain itu, golongan wanita lebih mudah dilanda stress dan seterusnya cenderung memiliki lemak berlebihan di perut meskipun berat badannya normal. Keadaan ini diakibatkan oleh kesan hormon stress kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

6) Perubahan Hormon
Terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon estrogen berkurangan sekaligus membawa kepada pengumpulan lemak di perut. Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya.

sumber : cekgunorazimah.com


Rose A
Shaklee ID : 9334008
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380

1 comment: