Friday, May 8, 2015

Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak?

Assalamualaikum....

Sambungan dari bahagian 1: 4 fungsi air ketuban yang anda perlu tahu.

Adakah Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak?

Masalah air ketuban terlalu banyak juga dikenali sebagai polyhydramnio. Kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi dimana bayi kurang menelan air dan banyak mengeluarkan air kencing.


 Bagaimanakah masalah air ketuban terlalu banyak boleh berlaku?
  • Kecacatan kelahiran - sumbatan ataupun salur pencernaan terhempit yang menghalang bayi untuk menelan air ketuban menyebabkan tahap air ketuban meningkat. Kecacatan lain seperti hydrocephalus juga menyebabkan air ketuban terlalu banyak.
  • Kencing manis (diabetes) yang tidak dikawal.
  • Ketidak serasian antara darah dan darah bayi anda seperti Rhesus faktor (Rh) ketidakserasian.
  • Komplikasi kehamilan kembar - seperti twin-twin tranfusion syndrom (TTTS)
  • Jangkitan dalam bayi
  • Masalah dengan kadar denyutan jantung bayi
  • 65% ibu yang mempunyai air ketuban terlalu banyak tidak diketahui sebab.

Apakah yang akan timbul sekiranya masalah air ketuban terlalu banyak?
  • Kedudukan bayi tidak stabil - bayi akan sering bertukar kedudukannya seperti songsang dan melintang dan bukan kepala di bawah semasa nak bersalin. Bayi mungkin dilahirkan dengan pembedahan cesarean.
  • Kelahiran pramatang - proses kelahiran lebih awal mungkin disebabkan oleh kepecahan air ketuban pramatang (PROM) ataupun placenta abruption iaitu uri mungkin tertanggal dari dinding rahim.
  • Kandungan terlalu berat - tulang belakang anda akan tegang dan sakit, anda juga mengalami kesukaran bernafas dan berjalan.
  • Postpartum hemorrhage - pendarahan teruk selepas kelahiran.

Apakah cara mengatasi  masalah air ketuban terlalu banyak?

Kebanyakan kes polyhydramnio hanya menjalani pemeriksaan yang kerap dan rapi untuk memantau pertumbuhan bayi. Rawatan lain boleh termasuk menyedut air ketuban melalui amniosentesis yang boleh membawa risiko tertentu ataupun penggunaan ubat yang boleh mengurangkan pengeluaran cecair dan hanya boleh digunakan sebelum minggu ke-32.

sumber : bayi-ibu.com

Nantikan pula sambungan bahagian 3 : Adakah anda mempunyai masalah air ketuban berkurangan?


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

0 comments:

Post a Comment