Thursday, May 7, 2015

Ketahui 4 Fungsi Utama Air Ketuban yang Anda Perlu Tahu!!!

Assalamualaikum....

Hari nie saya nak berkongsi ilmu berkenaan air ketuban. Air ketuban sangat berkait rapat dengan ibu yang sedang hamil tapi apakah air ketuban itu? Jom kita baca sama2 perkongsian kali ini :)

Apakah Air Ketuban?

Air ketuban adalan cecair amnion yang mengelilingi bayi anda di dalam rahim semasa mengandung. Ia amat penting untuk perkembangan bayi. Cecair amnion dihasilkan selepas pembentukan kantung amnion kira-kira 12 hari selepas persenyawaan.


Apakah Punca Air Ketuban?

Pada awal kandungan, air ketuban disediakan oleh ibu. Selepas kira-kira minggu ke-20, kebanyakan air ketuban dihasilkan oleh air kencing bayi. Pada trimester kedua, bayi akan menelan air ketuban dan mengeluarkan air kencing untuk mengekalkan jumlah isipadu air ketuban di dalam rahim.

Oleh itu, air ketuban dihasilkan oleh kebanyakan dari air kencing, kulit dan pernafasan bayi. Jumlah air ketuban yang paling banyak ialah pada minggu ke-34 iaitu kira-kira 800ml. Jumlah air ketuban akan berkurangan sehingga kira-kira 600ml pada minggu ke-40.


Apakah Fungsi-fungsi Utama Air Ketuban?

1) Melindungi bayi dari trauma luar
Air ketuban mengisi ruang antara bayi, tali pusat dan dinding rahim membantu menyerap kesan hentakan luar (trauma kemalangan seperti terjatuh) dan kesan himpitan pengecutan rahim.

2) Perlindungan suhu
Air ketuban membantu mengekalkan suhu persekitaran bayi untuk mengelakkan kehilangan haba.

3) Pertukaran cecair
Air ketuban membantu paru-paru bayi dan sistem penghadaman bayi berkembang kerana bayi bernafas di dalam air ketuban dengan menelannya.

4) Ruang untuk bayi bergerak dan tali pusat
Bayi anda boleh bergerak dalam air ketuban membantu perkembangan otot dan tulang. Ia juga memberi ruang untuk menyimpan tali pusat daripada terhimpit.

sumber : bayi-ibu.com

Nantikan pula sambungan bahagian dua : Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Masalah Air Ketuban Terlalu Banyak?


Rose A
Shaklee ID : 933408

0 comments:

Post a Comment