Monday, May 11, 2015

Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Air Ketuban Berkurangan?

Assalamualaikum....

Sambungan dari Bahagian 2 : Apakah Risiko Jika Anda Mempunyai Air Ketuban yang Banyak?

Adakah anda mempunyai masalah air ketuban berkurangan?

Masalah air ketuban berkurangan juga dikenali sebagai oligohydramnio. Kuantiti air ketuban ditentukan oleh bayi dimana bayi banyak menelan air dan kurang mengeluarkan air kencing.


Bagaimana masalah air ketuban terlalu sikit boleh berlaku?
  • Kecacatan kelahiran - sistem saluran kencing tidak berfungsi seperti buah pinggang tidak berfungsi ataupun bayi tidak mempunyai buah pinggang untuk mengeluarkan air kencing.
  • Kebocoran air ketuban - kepecahan air ketuban pramatang (PROM) mungkin berlaku. Ia juga boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Masalah uri - Jika uri tidak menyediakan darah dan nutrient yang mencukupi kepada bayi, bayi mungkin boleh berhenti untuk mengeluarkan air kencing.
  • Post tarikh kehamilan - kehamilan yang lebih daripada 42 minggu boleh mempunyai tahap air ketuban yang rendah.
  • Komplikasi ibu - faktor-faktor seperti dehidrasi ibu, tekanan darah tinggi, preeclampsia, kencing manis dan sebagainya boleh menyebabkan air ketuban berkurang.


Apakah yang akan timbul sekiranya masalah air ketuban terlalu sikit?
  • Kelemasan bayi - bayi berkemungkinan lemas akibat tali pusat terhimpit menyebabkan gangguan aliran darah dan oksigen.
  • Kelahiran pramatang - ini boleh dikaitkan komplikasi seperti kesukaran pernafasan dan masalah usus.
  • Kesempitan ruang dalam rahim - ini boleh mengganggu pembentukan paru-paru, kecacatan anggota kaki dan tangan serta kedudukan janin tidak normal. Pembesaran bayi juga terhad (IUGR)
  • Meningkatkan peluang keguguran.


Apakah cara mengatasi masalah air ketuban berkurangan?
  • Rawatan berdasarkan usia kandungan. Jika bayi belum mencapai kematangan lagi, doktor mungkin akan menjalani tekanan pengecutan untuk mengawasi pergerakan bayi. Jika bayi telah mencapai kematangan, doktor mungkin melahirkan bayi lebih awal.
  • Rawatan lain termasuk amnio-infusion semasa bersalin, suntikan cecair melalui amniosentesis, penghidratan ibu semula dengan minum air atau cecair IV dan sebagainya.
sumber : bayi-ibu.com

Semoga info kali ini bermanfaat untuk semua yer...


Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

0 comments:

Post a Comment