Wednesday, July 3, 2013

ESP Shaklee dan Masalah Gastrik



Salam,

Kita sudah menghampiri bulan Ramadhan, bulan yang penuh dengan barkah, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul pahala dalam bulan nie. Tapi ramai juga yang gusar kerana mereka ini menghidapi gastrik. Entri saya kali nie untuk berkongsi info tentang bagaimana Produk Shaklee dapat membantu pesakit-pesakit gastrik menangani masalah ini.

Apa itu Gastrik?

Gastrik dalam istilah perubatan dipanggil Gastritis. Gastritis adalah keradangan pada lapisan perut. Lazimnya, keradangan berpunca daripada jangkitan bakteria helicobacter pylori (H. pylori) yang turut menjadi penyebab utama kepada kebanyakan ulser perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam jangka masa pendek ataupun secara berperingkat dan dalam jangka masa panjang.

Secara semulajadinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik. 

Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku apabila ada makanan untuk memulakan proses pencernaan dan gastrik berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Jika lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan. 
 
Jika ada yang mengadu sakit perut apabila lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana kerana lapisan mukosa yang lemah. 

Tanda-Tanda Gastrik

• Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
• Rasa senak, berangin atau pedih
• Rasa tidak selesa
• Kembung, sendawa berulang kali atau kerap kentut selepas makan
• Rasa mual (loya) dan muntah
• Hilang selera makan
• Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :-

○ Najis menjadi hitam seperti tar
○ Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi
Cara Merawat dan Menangani Gastrik

Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya:
  • Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol 
  • Hentikan pengambilan ubat tahan sakit 
  • Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur 
  • Makan sedikit-sedikit tetapi kerap 
  • Kurangkan makanan berempah, bercili, masam 
  • Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat) 
  • Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut
Selain itu, terdapat juga individu yang terpaksa bergantung kepada ubat bagi mengurangkan ketidakselesaan masalah gastrik ini. Namun yang demikian, seperti yang kita semua sedia maklum, pengambilan ubat-ubatan secara terus-terusan tidak digalakkan kerana ianya mungkin boleh membawa kepada kemudaratan di masa akan datang.
Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik

1) Energizing Soy Protein - ESP

 
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

Selain ESP, anda juga mengambil tambahan supplemen Ostematrix dan Peppermint Ginger Plus untuk merawat masalah gastrik.

2) Ostematrix 


Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) Peppermint Ginger Plus


Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
 
Jangan biarkan masalah gastrik anda mengganggu anda beribadat dan mengumpul pahala di bulan Ramadhan. Jom amalkan ESP.
 
 
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
FB : rose azadir 
E-mail : rose_azadir@yahoo.com
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com

4 comments:

  1. Assalam. Terima kasih singgah ke blog Pak Temuk. Selamat menyambut Ramadhan mulia. Semoga bisnes beroperasi hebat, khususnya dalam bulan puasa ini. All the best, always!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ so much for your support Pak Temuk, kalau nak cuba suplemen Shaklee, boleh cari saya ye, saya boleh bagi special price..and Selamat Menyambut Ramadhan

      Delete
  2. info yang baik tentang gastrik..terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sudi singgah n baca entri kt blog nie, kalau sis nak beli vitamin shaklee jgn lupa cari saya yer, sy bg special price

      Delete