Friday, July 12, 2013

Lecithin dan Fungsi-fungsinya

Salam petang Ramadhan,

Kali nie saya nak cerita pasal Lecithin. Kalo tengok set kurus Shaklee mesti ade terselit Lecithin. Ape tu Lecithin? Ape fungsinya? Jom kita baca ramai-ramai.


Apakah Lecithin?

Lecithin itu sendiri adalah lemak. Lecithin dinamakan sebagai "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat dengan lemak. Dalam perkataan ringkasnya, ia akan menyebabkan lemak terapung dalam darah.Dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membrane.

Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan. Lecithin boleh diperolehi melalui kuning telur dan soybeans. Sumber makanan yang mengandungi Lecithin adalah seperti bijirin, ikan, "legumes", "wheat germ" dan "brewers yeast".


Kandungan Lecithin
  • Asid Lenoleik (essential fatty acid) - amat diperlukan oleh badan tapi badan kita tak boleh hasilkannya. Jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
  • Kolin - satu komponen neotransmitter
  • Asetikolina - bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf.
  • Inositol - sebagai komponen utama membrane / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin : 

Paling Utama
  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolesterol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras trilycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol. 

Penting Untuk Fungsi Otak
  • Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.
  • Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan. penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasilkan dari choline. Choline mudah diperolehi dari Lecithin.
  • Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine kerana 30% otak adalah terdiri daripada Lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah Lecithin.


Untuk Warga Tua
  • Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
  • Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh darah tersumbat yang menajdi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.


Untuk Penghadaman
  • Lecithin diperlukan unutk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman.


Untuk Sel
  • Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
  • Choline & Lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita.


Untuk Kesihatan Kardiovascular (Sistem Jantung)
  • Fungsi utama Lecithin adalah sebagai "Fat Emulsifier" ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.


Cara Pengambilan 
  • 2 biji selepas breakfast, 2 biji selepas lunch dan 2 biji selepas dinner atau
  • 3 biji selepas lunch dan 3 biji selepas dinner (bagi yang tak breakfast)

Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS : 012 577 9380
FB : rose azadir
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com



 

0 comments:

Post a Comment