Hari nie saya nak share pasal garam pula. Hari-hari kita makan garamkan? Kalau takde garam dalam makanan, rasa macam tak lengkap jer kan. Petua mak saya, kalau masak bubur kacang hijau, kena letak sikit garam untuk bagi rasa lemak dan ada umphhh!!!
Selain mengukuhkan rasa makanan dan memberikan rasa nikmat pada makanan, kandungan sodium pada garam juga berfungsi penting untuk mengatur keseimbangan cecair dalam tubuh, membantu menguatkan otot dan membantu fungsi saraf.
Iodin atau Iodium dalam istilah kimia adalah sejenis elemen mineral mikro. Iodin sebetulnya tidak hanya terdapat dalam garam, namun masyarakat umumnya mengetahui iodin ada di dalam garam.
Berikut ini adalah beberapa manfaat garam beriodin bagi kesihatan tubuh:
- Membantu penyelenggaraan kelenjar tiroid. Kelenjar tiroid berperanan penting dalam metabolisma tubuh.
- Membantu menghindarkan penyakit gondok, gangguan pendengaran, tubuh cebol dan semangat rendah.
- Mencegah penyimpanan lemak secara berlebihan. Iodin mampu memanfaatkan kalori secara optimum, sehingga lemak cepat terpakai.
- Membantu menghilangkan racun dari tubuh. Racun kimia yang boleh dikeluarkan oleh garam beriodin antara lain: air merkuri, fluoride dan racun biologi lain.
- Membantu proses pertumbuhan rambut. Kekurangan iodin boleh menyebabkan rambut gugur.
- Memaksimumkan metabolisme tubuh dalam memanfaatkan kalsium.
- Membantu kenormalan proses pertumbuhan dan kematangan organ pembiakan. Oleh kerana itu, ibu hamil sangat disyorkan untuk mengambil iodin sesuai keperluan agar janin dapat membesar dengan baik.
- Membantu meningkatkan kekebalan tubuh. Mengapa? Kerana garam beriodin boleh mencegah pembiakan bakteria yang merugikan di dalam perut.
- Mengurangkan sakit gigi dan bau mulut. Kebiasaan berkumur menggunakan air suam yang dicampur dengan garam akan mengurangkan rasa berdenyut saat sakit gigi dan bau mulut yang tidak sedap.
- Menghilangkan rasa kebas di kaki. Merendam kaki dalam campuran air suam dan garam boleh mengurangkan rasa kebas kaki. Lakukan ini dengan berselang-seli dengan rendaman kaki dalam air sejuk. Kaki anda akan pulih seperti sedia kala.
Rose Azadir
SMS / WA : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
assalam rose.mel blogwalking sini juga. mel amalkan penggunaan garam gunung sekarang. jaga kesihatan lagaknya tapi kadang2 tibai juga garam biasa tu..uhuu
ReplyDeleteAlhamdulillah..perkongsian yang menarik...
ReplyDeletesaya baru sahaja dibekalkan garam iodin dari klinik,penting juga iodin untuk ibu hamil seperti huda ni..:)
- www.inspirasihuda.blogspot.com