Assalamualaikum.....
Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim cuaca yang panas
serta kering dan diburukkan lagi dengan jerebu yang tidak menentu maka
adalah penting bagi memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.
Air sebenarnya bersifat pelarut yang membantu proses biokimia di
dalam tubuh kita. Tanpa air, kita tidak mungkin mampu bertahan lama
kerana air merupakan agen pengangkutan dalam tubuh yang berhubung terus
dengan sel-sel tubuh.
Jadi, amat penting untuk kita tahu kepentingan mengekalkan kelembapan tubuh terutamanya di bulan puasa.
Doktor Pusat Pemeriksaan Kesihatan (PSWC) Hospital Pakar KPJ Ampang
Puteri, Dr. Angeline Hee Tze Chyin berkata, badan mudah menjadi lesu dan
letih apabila badan tidak mampu mengawal atur proses penghidratan
dengan sempurna.
"Tubuh memerlukan sekurang-kurangnya antara enam hingga tujuh gelas
air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.
"Kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah
dehidrasi kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada
air.
"Apabila kita berada di persekitaran yang panas, keperluan tubuh kita
terhadap cecair juga meningkat disebabkan tubuh kita akan mengeluarkan
peluh yang banyak," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Ujarnya, pengambilan air yang mencukupi setiap hari adalah penting
kerana organ-organ penting dalam tubuh seperti jantung, buah pinggang
dan sebagainya dapat menjalankan tugas dengan sempurna,
"Pengambilan air amat penting ketika berbuka kerana ia akan
menggantikan air yang telah hilang, mencuci buah pinggang selepas
pengambilan pelbagai jenis makanan ketika berbuka puasa dan berupaya
membersihkan organ-organ dalaman kita yang lain," katanya.
Menurut Dr. Angeline, antara tanda-tanda tubuh mengalami
penyahidratan adalah rasa dahaga, mulut kering, kencing pekat, ulser
yang teruk, letih, pitam, cirit birit, hinggalah kepada kegagalan fungsi
buah pinggang.
Kekurangan cecair dalam sistem otak boleh mempengaruhi cara individu membuat keputusan.
Otak yang mengalami dehidrasi adalah lemah sehingga mendorong kepada
ingatan jangka pendek yang teruk disertai sakit kepala serius.
"Selain itu, degupan jantung akan menjadi lebih kencang, pening
kepala dan tekanan darah rendah juga boleh terjadi berpunca daripada
penurunan darah.
"Dalam kes yang kronik, dehidrasi boleh menyebabkan koma dan akhirnya mengundang maut," katanya.
Selain itu menurutnya, perlu juga dipastikan sendi, organ dan tisu
tubuh mendapat perlindungan bagi membolehkan kekal cergas dan sihat
sepanjang bulan puasa.
Jadi, amat penting untuk memastikan tubuh tidak mengalami penyahidratan melampau.
Tambah Dr. Angeline lagi, jika perlu umat Islam perlu mengurangkan
aktiviti luar atau tidak berada di luar dalam jangka masa yang panjang
terutamanya ketika panas terik.
"Ini tidak bermaksud berpuasa dijadikan alasan untuk tidak aktif.
Mereka boleh bersenam dan melakukan aktiviti kecergasan secara sederhana
di tempat yang teduh malah boleh melakukan aktiviti fizikal seperti
regangan dan senaman ringan di rumah," katanya,
Kurangkan minuman berais
Bagaimanapun, Dr. Angeline berkata kehilangan air dalam bentuk ini
boleh diatasi dengan mengamalkan meminuman jus buah-buahan dan mengambil
sayur-sayuran ketika bersahur atau berbuka.
Ini kerana, kedua-dua makanan ini mempunyai kandungan air yang banyak.
"Umat Islam yang berpuasa tidak digalakkan minum minuman yang
mengandungi kafein seperti kopi, teh dan cola kerana akan menyebabkan
kesan deuratik.
"Apabila seseorang itu mengalami deuratik akan meransang pengeluaran
air kencing dalam kuantiti yang banyak dan dikuatiri akan menghadapi
dehidrasi melampau," katanya.
Beliau mengakui, dalam cuaca panas yang berterusan sepanjang bulan
puasa ini menyebabkan ramai ingin berbuka dengan minuman berais dan
menolak anggapan bahawa ia tidak bagus untuk perut selepas seharian
tidak menjamah makanan.
"Minuman berais boleh diambil ketika berbuka puasa tetapi perlulah
dikawal dan tidak mengambilnya bersama makanan bergoreng dan mempunyai
kandungan lemak yang banyak.
"Begitu juga dengan minuman bergas, digalakkan untuk mengambil
minuman isotonik bagi memberi tenaga bagi menjalankan aktiviti
seharian," jelasnya.
Dalam pada itu, bagi mengekalkan kesegaran sepanjang berpuasa, semasa
bersahur, digalakkan mengambil makanan yang berasaskan karbohidrat
kompleks seperti nasi, roti atau oat.
Pengambilan makanan yang tinggi serat seperti roti tinggi serat atau
roti bijiran penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar.
sumber : www.utusan.com.my
Anda boleh cuba Set Mighty 3 Gems dari Shaklee yang terdiri daripada ESP + MealShakes + Performance Drinks yang mampu mengurangkan dehidrasi dan juga mengekalkan tenaga dengan lebih lama terutama di bulan puasa.
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
CT akan make sure minum at least sebotol besar air lepas berbuka sampai waktu sahur.. then time sahur tu minum air masak jugak.. air manis mnum jugak tapi air masak dilebihkan..
ReplyDeletenice sharing :D
info yg bagus.. tq
ReplyDelete