Hari nie saya nak berkongsi lagi tentang kebaikan Vivix Shaklee. ade yang panggil tonik ajaib, ada yang panggil sirap power. Dah macam bunyi iklan tongkat ali pula, tapi nie bukan tongkat ali tau...
Customer nie belikan ibunya Vivix Shaklee untuk masalah kolesterol, kencing manis dan darah tinggi.
Selepas beberapa lama ibunya mengamalkan Vivix Shaklee, hasil check-up dengan doktor, kolesterol turun, kencing manis turun dan darah tinggi juga turun. Doktor pun senyum jer dan pesan maintain pemakanan yang bagus sebegini. Tapi ibu beliau hanya jawap, saya makan macam biasa cuma saya ambil Vivix dan ESP Shaklee.
2 faktor penting yang menjadi penyebab dari kolesterol yang semakin meningkat, diantaranya adalah:
1. Faktor yang tidak dapat dikawal
a) Keturunan - apabila ada keluarga yang berkolesterol tinggi, maka besar kemungkinannya anak
memiliki bakat untuk mempunyai kolesterol yang tinggi, risiko adanya suatu gangguan
kesihatan biasa 6 kali lebih besar menimpa anak berbanding orang tua.
b) Usia - setelah berusia 20 tahun, kolesterol cenderung meningkat. Untuk lelaki, kolesterol akan
mudah naik setelah umur 50 tahun. Untuk wanita, kolesterol akan mudah untuk naik setelah
menopause.
2. Faktor yang dapat dikawal
a) Makanan yang mempunyai terlalu banyak lemak tepu seperti mentega, biskut dan fast food
b) Kelebihan berat badan
c) Kurang berolahraga
d) Merokok
e) Gaya hidup yang tidak sihat
f) Stress
g) Diabetes Mellitus
h) Minum kopi yang berlebihan
i) Diet yang salah
j) Obesiti
Kencing manis pula terdapat 2 jenis:
1. Kencing Manis Jenis 1
Berpunca daripada maslah genetik di mana seseorang itu memang dilahir dengan pankreas yang
tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi untuk membantu penggunaan glukosa. Kencing
Manis Jenis 1 biasanya boleh dikesan pada bayi atau budak yang muda.
2. Kencing Manis Jenis 2
Jenis kencing manis yang kerap kita jumpa. Ia biasanya berlaku pada orang dewasa yang berumur
40 tahun ke atas. Tetapi, kajian statistik terbaru menunjukkan penyakit ini menunjukkan penyakit
ini menunjukkan trend yang cenderung ke arah golongan umur yagn lebih muda. Kini, terdapat
ramai orang berumur sekitar 30-an sudah pun menunjukkan bacaan glukosa darah yang tinggi.
Jom kita tengok pula apakah punca darah tinggi:
Penyebab tekanan darah tinggi pelbagai. Ini termasuklah penyempitan arteri, isi padu darah yang lebih dari normal, atau denyutan jantung yang pantas atau lebih kuat dari sepatutnya.
Sebarang keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan tekanan terhadap dinding arteri.
Strok : Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko strok. Tekanan darah yang amat tinggi boleh menyebabkan kebocoran pada salur darah yang lemah dan kemudiannya mengalir ke otak.
Ini boleh mengakibatkan strok. Sekiranya salah satu arteri kecil tersumbat oleh darah beku, strok boleh juga terjadi.
Gangguan penglihatan/mata : Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyebabkan saluran darah di mata pecah atau berdarah. Penglihatan mungkin kabur atau terjejas dan boleh mengakibatkan buta.
Arteri : Semakin meningkat usia, arteri menjadi semakin keras terutama arteri di jantung, otak dan buah pinggang.
Tekanan darah yang tinggi dikaitkan sebagai punca arteri mengeras. Ini seterusnya menyebabkan jantung dan buah pinggang terpaksa bekerja lebih.
Kerosakan buah pinggang : Buah pinggang bertindak sebagai penapis yang menyingkirkan bahan-bahan kumuhan badan.
Tekanan darah tinggi lama-kelamaan boleh menyempitkan salur darah melalui penebalan dinding saluran darah pada buah pinggang.
Proses penapisan oleh buah pinggang terjejas di mana kurang bendalir ditapis, seterusnya menyebabkan bahan kumuhan terkumpul di dalam darah.
Buah pinggang mungkin gagal sepenuhnya. Apabila ini berlaku, rawatan perubatan sama ada dialisis atau pemindahan buah pinggang mungkin diperlukan.
Serangan jantung : Tekanan darah tinggi adalah faktor utama risiko serangan jantung.
Arteri berperanan membawa darah beroksigen ke otot jantung. Sekiranya jantung tidak mendapat cukup oksigen, sakit dada atau lebih dikenali sebagai angin boleh berlaku.
Jika aliran udara tersekat, serangan jantung terjadi.
Kegagalan jantung kongestif
Tekanan darah tinggi adalah faktor utama kegagalan jantung kongestif. Ia adalah masalah serius di mana jantung gagal mengepam darah yang secukupnya bagi keperluan tubuh badan.
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
0 comments:
Post a Comment