Wednesday, October 30, 2013

Info Sihat : Mitos Kesihatan Yang Perlu Anda Ketahui

Salam semua...

Selalu dengar perkataan mitos kan? tapi adakah anda semua tahu apakah maknanya?

Mitos merujuk kepada satu cerita dalam sesebuah kebudayaan yang dianggap mempunyai kebenaran mengenai sesuatu perkara yang pernah berlaku pada suatu masa dahulu. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan dan kebenaran mutlak yang dijadikan sebagai rujukan.

Bercerita mengenai perubatan, terlalu banyak perkara yang sering menjadi andaian masyarakat hari ini. Hasil tulisan Dr. Carroll dan Dr. Vreeman melalui buku "Don't Swallow Your Gum" yang mendedahkan mitos dalam perubatan yang mungkin mengejutkan  anda.



Mitos : Cuaca sejuk membuat anda sakit
Fakta : Tidak benar, kajian menunjukkan orang yang terdedah dengan cuaca sejuk sukar diserang    penyakit berbanding  sebaliknya. Cuaca panas lebih menggamit kuman untuk menghampiri anda.

Mitos : Lendir hijau menunjukkan jangkitan sinus
Fakta :  Warna lendir merupakan mitos dalam perubatan walaupun ada segelintir doktor mempercayainya. Namun tiada bukti yang tepat mengenainya. Ia mungkin terjadi akibat pengambilan antibiotik.

Mitos : Haba keluar melalui kepala
Fakta : Tiada apa yang istimewa di kepala untuk haba hanya keluar melaluinya. Haba dibebaskan keluar melalui setiap bahagian badan anda.

Mitos : Bujang lebih menikmati seks daripada orang yang berkahwin
Fakta : Mungkin ada yang beranggapan bujang lebih seronok. Tetapi  seks mereka hanya bermusim. Pasangan yang telah berkahwin biasanya melakukan seks berpanjangan. Berdasarkan satu kajian, 43 peratus lelaki berkahwin dilaporkan mengadakan hubungan seks dua hingga tiga kali seminggu, berbanding hanya 26 peratus daripada lelaki bujang. Orang yang berkahwin juga lebih cenderung untuk mempunyai klimaks dan memberi dan menerima seks oral.

Mitos : Gula penyebab anak hiperaktif
Fakta : Banyak kajian menunjukkan gula tidak memberi kesan kepada tingkah laku, tetapi kebanyakan ibu bapa tidak percaya. Gula bukan faktor  tunggal penyebab anak hiperaktif. Sebaliknya ibu bapa perlu peka terhadap perilaku anak-anak yang memerlukan perhatian.


Mitos : Makanan jatuh ke lantai selamat untuk dimakan
Fakta : Kajian mendapati makanan yang diambil setelah jatuh ke lantai kayu tidak dihinggapi kuman yang banyak. Begitu juga pada permaidani. Tetapi bulu halus permaidani melekat pada makanan.

Mitos : Perlu buang air besar sekali sehari
Fakta : Menurut penulis, mitos ini separa benar. Pergerakan usus yang kerap mengelakkan ketidakselesaan dan sembelit. Tetapi ia tidak bermakna anda perlu membuang air besar yang kurang daripada tiga kali seminggu atau sukar ketika ingin melakukannya.

Mitos : Letup jari penyebab artritis
Fakta : Kemungkinan besar orang yang suka meletupkan jari mudah terkena artritis berbanding orang yang tidak mempunyai tabiat tersebut.

sumber : majalah iSIHAT


With Love,
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : http://www.facebook.com/rose.azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com

2 comments:

  1. mitos yg last sekali tu x pernah dgr..tp suka sgt letupkn jari!

    ReplyDelete
    Replies
    1. same with me, cm puas jer dpt dgr bunyi letop2 tu....anyway thx ye sudi singgah sini...

      Delete