Lately saya agak rajin membaca pantang ade masa free selalu browsing pasal info-info kesihatan, pasal baby, pasal relationship...sebabnya nak tambah ilmu didada pastu leh share kat sini...Jom baca artikel kat bawah nie...
Jangan pandang remeh pada senaman. Bersenam pada hari ini akan memanfaatkan anda pada jangka masa panjang. Lebih elok jika anda mampu luangkan masa untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk kebanyakan hari dalam seminggu.
Jika anda sedang mengikuti kaedah senaman yang tetap, pastikan anda turut makan secara betul. Makan secara sihat adalah kunci untuk mendapatkan kesan yang terbaik daripada sesi senaman anda. Ia membenarkan anda bersenam pada prestasi tertinggi dan membina lebih jisim otot.
- Jangan melangkau waktu makan sebelum atau selepas bersenam. Ia mungkin akan mengakibatkan paras glukosa darah rendah yang akan menyebabkan anda berasa lemah atau pitam.
- Jika anda berasa lapar sebelum bersenam, makanlah snek ringan (seperti segelas susu kacang soya atau susu biasa, sebiji pisang, secawan yogurt atau beberapa keping kraker).
- Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 2 jam selepas makan sebelum memulakan senaman. Lebih banyak anda makan maka perlu lebih lama anda menunggu sebelum memulakan senaman.
- Selepas bersenam, makanlah makanan yang seimbang bagi mengganti semula tenaga dan protein untuk membina semula tisu badan. Jangan makan terlalu banyak kerana menganggap anda telah banyak membakar kalori yang banyak.
- Minum air yang banyak sebelum, semasa dan selepas bersenam untuk mengekalkan tahap hidrasi yang memuaskan.
Jom bersenam dengan cara yang betul!!!
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : http://www.facebook.com/rose.azadir
E-mail : rose_azadir@yahoo.com / razadir@gmail.com
tq...tips yg sgt berguna ni...
ReplyDeletedtg singgah sini & follow...btw, tq follow blog ahkak yer.. (",)
tq kak sudi singgah sini n follow sy yer...
Delete