Thursday, March 5, 2015

7 Tips dan Cara Agar Anak Makan Sayur

Assalamualaikum...

Anda pernah tak mengalami situati begini, anak akan mengasingkan sayur dari dalam pinggan atau anda rasa macam ada asap keluar dari telinga bila anak tak mahu makan sayur?

Kalau anak anda jenis yang susah sangat nak makan sayur, jom saya nak kongsikan beberapa tips yang mungkin dapat membantu anda mengatasi masalah ini.


1) Biasakan untuk ikut makan sayur bersama anak

Agar anak mahu makan sayur, sebagai orang tua anda juga harus suka dengan sayuran. Berikan contoh dan terapkan kebiasaan menyukai sayuran kepada buah hati anda. Makan sayuran bersamanya. Ciptakan aktiviti makan sayur yang menyenangkan dan mengasyikkan sehingga buah hari anda tertarik untuk ikut makan sayur.


2) Hindarkan menghukum anak yang tidak mahu makan sayur.

Untuk buah hati anda yang tidak suka dengan sayur, meski telah dipaksa. Jangan sekali-kali menghukumnya kerana hal ini menjadi trauma baginya dan boleh juga menghilangkan seleranya terhadap sayur sepenuhnya. Jika buah hati anda makan sayuran, puji dan tunjukkan sikap positif. Jadikan suatu kebiasaan bukan paksaan, hukuman ataupun hal lainnya. 


3) Kreatifkan olahan sayur

Dalam mengolah sayuran, anda harus kreatif dalam menciptakan rasa sayur yang enak, lazat dan lebih sedap dari daging ataupun makan berprotein lainnya. Jika anda memasak sayuran untuk buah hati anda, usahakan mengganti menu sayuran setiap hari sehingga anak tidak bosan dengan sayur. Usahakan pula untuk memberikan makanan atau lauk sampingan selain sayur sehingga anak merasa suka, tenang serta menikmati ketika harus makan sayuran.


4) Gantikan menu sayur dengan buah-buahan

Sayuran bukan hanya sumber nutrisi sahaja, tetapi buah-buahan adalah makanan dari tumbuhan yang memiliki nutrisi penting seperti sayuran. Bagi anak yang sama sekali tidak suka dengan sayur, anda boleh memberikannya buah-buahan.


5) Berikan anak 'suplemen' dan 'vitamin'

Suplemen biasa menjadi langkah terakhir yang dilakukan orang tua agar buah hati suka dengan sayuran. Jika semua cara telah dilakukan anak tetap tidak suka dengan sayur, suplemen boleh diberikan untuk memenuhi keperluan nutrisi dalam tubuh. Pilihlah suplemen yang sesuai dan selamat untuk anak-anak tanpa kesan sampingan.


6) Taburi dengan keju

Kalau mahu nampak 'western', sesekali boleh gunakan 'cheese'. Jika anak anda menggemari keju, cara ini boleh diaplikasikan. Anda boleh campurkan sayur seperti salad dan tomato di dalam burger keju anak anda. Tidak perlu keju yang mahal-mahal, yang murah juga banyak dijual dipasaran.


7) Lembutkan sayuran

Anda boleh cuba pelbagaikan kaedah masakan sayur, contohnya buat cucur sayuran bercampur pelbagai inti seperti ayam, sosej dan sebagainya. Bubur ataupun jus juga bagus agar anak anda boleh menikmatinya.

sumber : siraplimau.com

Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

1 comment: