Malam nie saya nak share sikit tentang masalah kencing kotor ketika mengandung sebab ada saudara terdekat saya sedang menghadapi masalah ini.
Jadi, sambil2 saya cari info untuk diri sendiri, saya nak share kan juga sedikit di sini tentang masalah ini. Semoga bermanfaat kepada semua yer...
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kecing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.
Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli).
Bakteria ini boleh menyebabkan:
- Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.
- Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis.
- Keradangan uretra atau uretritis.
Tanda dan Gejala
- Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
- Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil.
- Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk.
- Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
- Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
- Demam dan seram sejuk.
Komplikasi
Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.
Penyebab dan Faktor-faktor Penyumbang
- Penyebab UTI yang paling lazim di kalangan wanita adalah disebabkan oleh tabiat mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar. Perbuatan yang demikian akan menggalakkan bakteria dari dubur atau faraj memasuki uretra.
- Hubungan seks juga merupakan faktor yang boleh menyumbang kepada UTI, kerana kawasan kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor.
- Menggunakan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid.
- Memasukkan tampon tanpa membasuh tangan terlebih dahulu.
Pengurusan Sendiri
- Mendapatkan nasihat anggota kesihatan jika anda mensyaki dijangkiti UTI.
- Doktor perlu memeriksa kanak-kanak yang menghidap UTI.
- Jika anda terasa gejala-gejalanya berlaku, minumlah lebih banyak air supaya anda dapat menyingkirkan keluar bakteria dari pundi kencing melalui pembuangan air kencing yang kerap.
- elak dari mengambil alkohol, kafein, makanan berempah yang boleh mengganggu pundi kencing.
- Ambillah ubat antibiotik seperti yang telah dinasihatkan oleh doktor. Jika gejala masih berterusan selepas 2-3 hari, berjumpa doktor semula. (anda perlu menghabiskan antibiotik yang diberikan itu).
- Larutkan 1 sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing.
Apakah yang Boleh Doktor Lakukan Untuk Anda?
- Ambil sampel air kencing dan menjalankan ujian bakteria (Catatan: Jangan mengambil sebarang antibiotik sebelum berjumpa doktor. Jika anda berbuat demikian ia akan menyukarkan diagnosis).
- Mengecualikan anda dari penyakit-penyakit lain yang mempunyai gejala yang sama seperti diabetes, batu karang, penyakit kelamin dan lain-lain.
- Memberi antibiotik tertentu.
- Memeriksa sebab-sebab lain terutamanya bagi pesakit lelaki.
Pencegahan
- Meminum lebih banyak cecair, sekurang-kusangnya lebih 10 gelas, sehingga air kencing menjadi jernih.
- Kepada mereka yang mudah mendapati UTI berulangkali, makanlah secawan dadih setiap hari. Dadih mengandungi lactobacillus acidophilus yang dapat membentuk persekitaran berasid dan mencegah pembiakan bakteria yang tidak diperlukan.
- Buang air kecil jika terasa untuk berbuat demikian. Menahan air kencing dalam pundi kencing menggalakkan pembiakan bakteria.
- Wanita perlu mengamalkan kebersihan diri yang baik dengan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra.
- Elak dari melakukan aktiviti-aktiviti fizikal terlalu lama yang boleh memburukkan UTI, contohnya berbasikal, menunggang kuda, menunggang motosikal dan mengembara.
- Memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian yang ketat dan stokin nilon kerana ia menyerap haba dan kelembapan.
- Elakkan dari mandian berbuih, sabun wangi, pencuci wanita, deodoran, tampon dan napkin.
- Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
- Mandi dengan air pancuran bukan dari dalam kolam mandi.
- Tukar tuala wanita dan tampon dengan lebih kerap.
sumber: fajridil.blogspot.com
Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
0 comments:
Post a Comment