Monday, June 3, 2013

Kesan Pengambilan Kafein ke Atas Penyerapan Vitamin dan Mineral




Anda mungkin pernah mendengar ayat ini, "Jangan makan supplemen bersama kopi, teh atau minuman bergas" Pernah tak terfikir kenapa? Mari sama-sama berkongsi ilmu..............


 sekadar gambar hiasan

 
Pengambilan kafein boleh mengganggu penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh badan kita. Jika seseorang meminum kafein pada jumlah yang terlalu tinggi, ia akan membawa kepada masalah kekurangan nutrien. Kafein boleh menurunkan kadar penyerapan nutrient atau meningkatkan pembuangan mineral dari tubuh badan. Antara sumber kafein yang popular adalah kopi, teh, minuman bergas, cocoa dan coklat.


ZAT BESI (IRON)

Kafein mengurangkan penyerapan zat besi dalam tubuh badan. Kopi dan teh mengandungi polyphenols iaitu sejenis kompaun kimia yang terdapat pada tumbuhan sahaja. Polyphenols adalah antioksidan yang membekalkan banyak kebaikan untuk kesihatan kita. Ia juga boleh bertindak dengan zatbesi menghasilkan satu ikatan. Apabila ini terjadi, amat sukar bagi tubuh badan untuk menyerap mineral ini. Cuba elakkan penggambilan makanan atau minuman yang mengandungi kaffein pada masa yang sama bila memakan makanan yang kaya dengan zat besi. Tunggu sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam selepas makan agar zat besi boleh diserap oleh tubuh badan. Begitu jugalah dengan penggambilan supplemennya..

KALSIUM

Kaffein akan menyebabkan lebih banyak Kalsium dibuang melalui air kencing. Kesan ini boleh berlaku biar pun selepas beberapa jam lepas memakan atau minum minuman berkafein. Ini adalah kerana kafein juga boleh mengganggu penyerapan kalsium di usus kita. Walaubagaimanapun terdapat kajian yang mengatakan kesan kafein ke atas penyerapan Kalsium sangatlah minimal. Pengambilan kafein yang tinggi bukanlah factor utamanya terjadinya penyakit osteoporosis.

VITAMIN D

Kafein boleh menyekat reseptor vitamin D dalam tubuh badan, menyebabkan pengurangan dalam penyerapan vitamin ini. Vitamin D memainkan peranan penting dalam penyerapan Kalsium dalam tubuh badan. Kekurangan vitamin D akan menyebabkan tulang jadi nipis dan mudah rapuh. 

VITAMIN B

Kafein bertindak sebagai diuretik ringan, yang menyebabkan kita membuang air kecil lebih kerap. Vitamin larut air seperti vitamin B boleh berkurang kerana kehilangan cecair berlebihan dari badan. Kopi dan teh juga mengandungi tannin dan kafein, yang boleh mengganggu penyerapan nutrien penting termasuk besi, kalsium dan kebanyakan vitamin B-kompleks. Tanin adalah jenis polifenol. Kafein sebenarnya merangsang pengeluaran jus gastrik dalam perut. Sebab itulah ada yang merasakan gastrik naik selepas minum kopi.

Sekarang semua dah tau kesan kafein dalam penyerapan vitamin dan mineralkan, so, nak minum boleh tapi berpada-pada dan kena pada masanya...

Hubungi saya;
Rose Azadir
SMS : 012 577 9380
Blog : http://ibu2ahmad.blogspot.com
Shaklee ID : 933408 

0 comments:

Post a Comment