Assalamualaikum....
Tentu ramai kat sini yang sering mandi malam kan? Mungkin bukan sebab sengaja suka mandi malam tapi keadaan yang menyebabkan kita terpaksa mandi malam. Mungkin sebab bekerja sehingga lewat petang, perjalanan pulang ke rumah pula memakan masa. Sampai dirumah mungkin pukul 8 atau 9 atau lebih lewat.
Jadi, hari nie nak saya nak berkongsi pula tentang Bahaya Mandi Malam - fakta atau mitos.
Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.
Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.
Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi. Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.
Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.
Setelah bekerja sehari suntuk, otak dan badan anda perlukan rehat. Mandi pada malam hari (sebelum tidur) dengan air suam boleh membantu mengembalikan ketahanan fizikal dan emosi. Mandi menggunakan air panas juga dapat membuka liang roma dan membersihkan badan dengan mengeluarkan toksin dan memberikan kesan yang segar kepada seseorang itu.
Mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres. Mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.
Ia membuatkan anda dapat tidur dengan lena dan membantu mengurangkan insomnia (susah untuk tidur).
Nasihat saya mandilah setelah balik bekerja dan bersukan, walau pun di malam hari. Gunakanlah air yang suam atau hangat untuk membersihkan diri.
Mandi di malam hari tidak mendatangkan mudarat.
sumber : Dr Zubaidi
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
sumber : Dr Zubaidi
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
as-salam rose..
ReplyDeletesori bru singgah...
xdpt nak kata apa2 sgt..sbb sy x sihat..bru je sedar dr koma.. bru je baca komen dr rose..btw..salam perkenaalan juga dar saya
tp kan musim pns2 nih akak mmg kadang kalu mlm anak berpelulh2 akak mandi kan biar dia sejuk n mudah nk tido... tq singgah umah akak...
ReplyDeletebetul jugak tu
ReplyDeletekdg2 kemas umah dah lewat
bdn berpeluh
x selesa nak tido
selagi tak memudaratkan ok je.. ; tapi takdelah mandi tengah malam.. kalau setakat pukul 9 @ 10 malam tu ok lagi.. ;)
ReplyDeleteMmg selalu gak mandi mlm ni.....syukurlah kalau tak bahaya
ReplyDelete