Assalamualaikum...
Hari nie saya nak bercerita mengenai sauna.
Adakah anda mempunyai masalah seperti dibawah?
1) Tiada masa pergi berjoging?
2) Tak sempat langsung nak bersenam?
3) Resdung, pagi2 selalu bersin?
4) Badan terasa lenguh-lenguh, sakit sendi serta letih?
5) Berpotensi kena serang darah tinggi dan kencing manis?
6) Berat badan naik selepas bersalin?
Perbandingan Sauna dengan aktiviti fizikal lain
1) Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori
2) Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori
3) Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
4) Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori
5) Joging selama 30 minit membakar 300 kalori
Sememangnya
bersauna telah diakui berkesan di seluruh dunia mampu membakar kalori,
memecahkan lemak seterusnya menyihatkan tubuh badan sejak dulu lagi.
Jelas, bersauna dapat menggantikan aktiviti senaman.
Apakah sauna?
Sauna merupakan ruang tertutup (bilik) yang direka khas agar wap, sama ada wap kering atau wap lembab terperangkap di dalamnya. Kebiasaannya, suhu di dalam sauna adalah sekitar 60 hingga 100 darjah celsius dan ini merupakan julat yang selamat untuk manusia mengeluarkan peluh (untuk tempoh yang tidak terlalu lama).
Tujuan pembinaan sauna pada asalnya adalah untuk pemanasan badan di negara-negara Eropah (iklim sejuk), namun konsepnya kini telah disalah tanggap untuk tujuan pengurusan berat badan.
Secara amnya, terdapat 2 jenis sauna yang boleh didapati pada zaman moden ini, iaitu "Sauna Tradisional" (udara/wap/steam sebagai medium pemanasan) dan juga "Infared Sauna" (badan dipanaskan secara terus dariapda gelombang infra-merah). Produk berasaskan infrared sauna seperti "Sauna Pants" dan "Portable Sauna" menjadi sasaran ketika ini memandangkan kosnya yang murah dan mudah dilakukan di rumah.
Fakta kelebihan sauna
1) Mengeluarkan toksin
Peluh yang keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. Seperti yang diketahui, pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Tapi di samping itu, turut keluar bersama peluh ialah toksin yang ada dalam tubuh kita. Kesannya kulit akan menjadi cerah dan bersih.
2) Meningkatkan metabolisma
Bagi kesihatan tubuh, sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50-75% dalam masa 20 minit. Begitu juga dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya hingga 20%. Dengan ini, tubuh dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya bertahan hingga 3 jam kemudiannya. Satu sesi sauna membakar kalori sebanyak 600 kalori!!!
3) Mengurangkan stress
Faktor inilah yang menyebabkan ramai yang memilih aktiviti sauna bila berasa stress. Biasanya, setelah melalukan aktiviti sauna, fikiran akan merasa tenang. Stress dan kerisauan boleh dikurangkan dengan sauna hingga membuatkan fikiran lebih damai.
4) Menyembuhkan masalah kulit
Panas ruang sauna yang baisanya antara 60-105C akan menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. Hasilnya kulit akan menjadi sihat. Selain itu, masalah kulit seperti jerawat juga boleh dirawat. Sebabnya, wap panas sauna akan melembutkan jerawat selakigus mempercepatkan proses penyembuhannya.
5) Membunuh bakteria & virus
Mandi peluh melalui sauna akan membuat otot-otot tubuh berehat dan membolehkannya me'nyah' toksin penyebab rasa letih setelah seharian melalukan aktiviti. Aliran darah yang semakin cepat membantu proses perbaiki sel otot. Selain itu proses pemanasan suhu tubuh ini juga bermanfaat untuk membunuh sel bakteria dan virus, meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Sumber : blog asrymydiary
Rose Azadir
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
0 comments:
Post a Comment