Assalamualaikum...
Hari nie nak citer pulak tentang Jerebu, hehe off topik sekejap...
Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan
zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya
terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering.
Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan
mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu
tebal juga dikenali sebagai asbut.
Apa yang menyebabkan Jerebu?
Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. Contoh tindakan-tindakan ini ialah:
Jerebu Buatan manusia
- Pembakaran terbuka
- Pencemaran Kenderaan
- Pencemaran Perindustrian
- Pertanian (cth. pembersihan tanah)
Jerebu punca Asli
- Kebakaran Hutan
- Habuk yang dibawa angin
Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu.
Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu.
Indeks Pencemaran Udara
Nilai IPU ---- Kualiti udara
0 - 50 ---- Baik
51 - 100 ---- Sederhana
101 - 200 ---- Tidak sihat
201 - 300 ---- Sangat tidak sihat
301 - 400 ---- Berbahaya
401 - 500 ---- Sangat berbahaya
Lebih 501 ---- Darurat
Antara Gejala Penyakit Disebabkan Jerebu:
- Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
- Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
- Iritasi di mata serta mata yang merah
- Kulit terasa gatal
Tip Jika Berlaku Jerebu:
- Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
- Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
- Kurangkan penggunaan kenderaan terutama motosikal
- Sentiasa basuh bahagian yang terdedah, mandi
- Selalu minum air
- Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan
Rose Azadir
SID : 933408
SMS/Whatapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
lawatan di hari khamis...
ReplyDelete