Assalamualaikum...
Sedikit perkongsian motivasi dari HM Tuah, sumber dari Mingguan Wanita.
Ketika peluang bertanyakan soalan dibuka, seorang wanita duduk paling
belakang mengangkat tangannya. Tanyanya, “Kadang-kadang saya tak faham
dengan suami saya, dia macam tak sayang, tapi bila saya tanya sayang
tak, dia jawab sayang tapi nak tunggu dia kata sendiri memang tak dapat.
Kenapakah orang lelaki begitu? Apakah itu menunjukkan mereka memang tak
kisah dengan perasaan para wanita?”
Wanita ini adalah yang paling anggun pada pandangan mata saya pada hari
itu. Dia adalah salah seorang peserta bengkel motivasi meningkatkan
kecemerlangan organisasi saya. Malah, dalam salah satu aktiviti yang
dijalankan, beliau mendapat perkataan ‘ANGGUN’ daripada peserta lain,
menunjukkan pandangan dan penilaian saya tidak salah.
Tetapi apabila
beliau memberikan soalan sedemikian rupa, timbul pula rasa kesian di
hati saya, hingga terdetik kata-kata begini di hati saya, ‘Kesiannya,
muka lawa pun suami boleh buat tak peduli.’
Maka, saya pun terus menjelaskan. Kata saya, “Kalau mengharapkan lelaki
kata I love you selepas kahwin memang tak dapat. Orang lelaki bukan tak
sayang, tapi mereka tak pandai melahirkan kata-kata sayang itu.
Pada
orang lelaki ini remeh saja, jadi mereka rasa tak penting untuk
disebut-sebut selalu. Dalam kata lain, orang lelaki memang buta kayu
dari sudut ini setelah berkahwin. Mereka hanya pandai sebelum berkahwin,
tetapi selepas berkahwin, usah haraplah mereka kata sayang, cinta,
kasih dan sebagainya, memang tak dapat.”
Kata-kata saya itu disambut oleh seorang peserta lelaki dengan
kata-kata, “Betul, betul, betul,” sambil mengangguk- angguk dan
tersengih-sengih.
Kata saya lagi, “Cara orang lelaki menunjukkan kasih sayang mereka
ialah dalam bentuk benda. Nanti, setahun kemudian tiba-tiba dia balik
dengan membawa geran tanah. Apabila ditanya oleh isteri, geran apa ni
bang? Tengoklah, katanya. Apabila ditengok rupanya nama si isteri pada
geran berkenaan. Eh, nama saya ni bang? Iya, memang nama awak. Maknanya
abang beli untuk saya ye? Iya, siapa lagi.
Haaa, itu cara orang lelaki
tunjukkan dia kisah, dia prihatin, dia sayang, dia kasih, dia cinta,
iaitu dengan benda dan biasanya benda itu mahal dan tak terjangka sama
sekali. Jadi, dah faham? Kalau dah faham, tak usah kecil hati suami tak
pernah ucap I love you pada awak, tak bermakna dia tak sayang, cuma
caranya berbeza.”
Lalu otak saya pun merumuskan mengapakah soalan demikian yang
ditanyakan oleh wanita berkenaan, iaitu beliau sedang berada dalam
dilema oleh banyak pilihan. Banyak pilihan? Bukankah dia sudah
berkahwin? Ya, dia sudah berkahwin tetapi dia sedang digoda oleh ramai
lelaki.
Orang cantik tentulah menjadi perhatian dan tentulah tidak
sikit-sikit lelaki yang mencuba nasib meskipun mereka tahu itu isteri
orang. Dikalangan mereka tentu ada yang mula mekar di hati hingga
timbullah rasa untuk membanding-bandingkan.
“Lelaki A sudah berkahwin juga, tapi dia cukup prihatin. Hari-hari dia
hantar SMS yang lunak berbanding lelaki B, C dan D, apatah lagi suami
aku sendiri, aku hantar mesej jiwang pun tak dibalasnya. Kalau balas
pun, ‘dah buang tabiat agaknya’, itu yang dapat.”
Dua keadaan ini memaksa kita berdiri di tengah-tengah. Sebagai lelaki,
meskipun majoriti suami tidak tahu menyatakan rasa kasih dan sayang,
belajar-belajarlah menyatakannya, kalau tidak isteri anda bakal diambil
orang.
Kepada wanita pula, meskipun lelaki lain kelihatannya lebih
memahami, lebih prihatin, lebih penyayang daripada suami sendiri,
ketahuilah setelah anda memilikinya kelak, keadaan yang sama akan
berlaku juga kerana majoriti lelaki memang tidak pandai menunjukkan
kasih sayang pada pasangan.
Tiga petua untuk menjadikan suami sentiasa sayangkan anda iaitu
pertama; kurangkan mengada-ngada, kedua merajuk sesekali sahaja dan
ketiga terus menyatakan cinta, kasih dan sayang anda meskipun tanpa
balasan.
Lakukanlah tiga perkara ini meskipun suami kadang-kadang bagaikan ‘buta kayu’ dan berhati batu.
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
Slm kenal...
ReplyDeleteGood sharing...tapi memang ye pun...lelaki ni pesennya tak suka tunjuk hanya isteri yg faham lenggok bahasa samada hubby masih syg ke tak ;-)
http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/
perkongsian yg baik.. laki dan perempuan berbeza cara menyampaikan rasa cinta.. :)
ReplyDelete