Hari nie saya nak berkongsi pula tentang BMI. Kalau nak kata kurus or berat badan ideal, inilah term yang sering disebut2. Jom kita fahami apakah BMI ini.
Apa itu BMI?
Dari Wikipedia, BMI merujuk kepada Body Mass Index atau dalam Bahasa Melayu disebut, Jisim Indeks Tubuh (JIT).
Apakah kepentingan BMI/JIT?
BMI sebenarnya adalah suatu langkah yang digunakan untuk menilai tahap kegemukan seseorang dengan mengukur ketinggian dan berat individu tersebut. Melalui BMI, seseorang individu dapat menentukan dirinya mengalami mesalah kegemukan atau pun tidak.
Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini adalah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.
Apabila kalori diambil berlebihan, baiknya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.
Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi Indeks Jisim Tubuh (BMI):
Berat tubuh badan (KG) / Ketinggian (M) X Ketinggian (M)
Contoh:
Berat badan = 55kg
Ketinggian = 1.56m.
1.56 x 1.56 = 2.4336
55 / 2.4336 = 22.6
Sekiranya BMI anda;
- Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan
- 20 hingga 24.9, berat badan yang normal
- 25 hingga 29.9, berat badan berlebihan
- 30 dan ke atas, anda adalah obesiti
Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Alamak , underweight. Hahaha.
ReplyDeleteKalau underweight kene naikkan to normal.. cer try melashake + vitalea.. berkesan tau..
ReplyDelete