Monday, May 12, 2014

Testimoni Vitamin Shaklee : Orang Cakap Muka Saya Cantik Macam Pakai Kolagen

Assalamualaikum...

Hari nie saya cuti, saje je tambah cuti, sebab esok kan public holiday, jadi alang2 tu sambung je la cuti, lagi pun cuti tahun ade lagi, kalo takde, terpaksa la kerja juga.

Cuti hujung minggu yang lepas saya p ke taiping, rumah abang n kakak di sana. Abang baru di transfer ke Taiping dari Teluk Intan. Semoga kerja di tempat baru tak memeningkan kepada beliau. Fighting Oppa!!!

Back to main agenda, hari nie saya nak berkongsi tentang testimoni rangkaian vitamin Shaklee.



" Puan Niza merupakan salah satu pelanggan Shaklee yang sangat berpuas hati dengan produk keluaran syarikat ini. Nak tahu kenapa saya cakap camtu? sebab tengok je senarai vitamin yang telah beliau cuba, panjang betul list dia, Jom kita semak sama2.

Pada mulanya beliau consume Shaklee ketika beliau mengandung 7 bulan. Ketika itu beliau mengalami masalah HB Low (hemoglobin rendah). Masalah nie memang sering dialami oleh ibu2 mengandung.

Paras normal hemoglobin bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL. Apabila paras homoglobin tidak mencukupi, seseorang itu berisiko untuk untuk mendapat anemia.

Secara umumnya, hemoglobin ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen ini semakin berkurangan, disinilah serangan anemia bermula.

Untuk mengatasi masalah ini, beliau consume Vita-Lea, Vitamin C dan B Complex.


Vita-Lea
Setiap tablet mengandungi nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah. 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA. Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang.

Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel2 tisu dalam badan dan juga penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

B Complex
b Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan vitamin B yang lain. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.

Seminggu sebelum bersalin, beliau tambah pula dengan Ostematrix iaitu pil kalsium.

Ostematrix
Mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi.

Setelah selamat melahirkan anak, beliau consume pula set berpantang dan set penyusuan Shaklee yang terdiri daripada Vita-Lea, Vitamin C, Ostematrix, B Complex, ESP dan Alfalfa. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Set Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee boleh baca di sini.

Puan Niza juga consume Vitamin E, GLA, dan Lecithin untuk kuruskan badan dan untuk kulit yang cantik. Nak tahu tentang kelebihan Vitamin2 ini? Baca di sini. 

Beliau sangat berpuas hati dengan vitamin2 Shaklee nie kerana beliau telah merasai perubahan yang sangat ketara antaranya sangat bertenaga walaupun kurang tidur kerana melayan anak2, tempoh berpantang yang sangat selesa juga kulit yang makin cantik.


Hubungi saya,

Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

0 comments:

Post a Comment