Thursday, May 22, 2014

Testimoni Meal Shakes Shaklee : Bantu Ibu-ibu yang Mengalami Alahan Ketika Mengandung

Assalamualaikum...

Berasa sakit berbanding dengan "berseri-seri" pada peringkat awal kehamilan adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza unutk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Mabuk hamil boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan berhenti sekejap disebabkan anda tidak boleh menangani permintaan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain. Maklumkan kepada keluarga anda bagaimana mereka boleh membantu anda - dengan cara praktikal seperti membeli-belah, memasak, menjada anak dan melakukan kerja rumah.

Ramai wanita perlu mengambil masa rehat bekerja disebabkan mabuk kehamilan. Anda mungkin tidak memberitahu sesiapa bahawa anda hamil tetapi ia amat sukar jika anda perlu sentiasa "menjaga penampilan" anda. Anda perlu memberitahu orang lain lebih awal mengenai kehamilan anda untuk mendapatkan sokongan dan bantuan yang anda perlukan.

Selain membantu menaikkan selera makan anak, Meal Shakes Shaklee mampu membantu ibu-ibu yang mengalami alahan ketika mengandung. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap 9 amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.

Berikut adalah salah satu testimoni pengguna Meal Shakes Shaklee.


Puan Umi beri Meal Shakes Shaklee kepada anak beliau yang kurang selera makan. Setelah dua miggu, selera makan anak beliau semakin bertambah.

Kedua, beliau disahkan mengandung dan mengalami alahan yang agak teruk. Vitamin berbentuk pil pun dia tak lalu nak telan. Jadi beliau minum Meal Shakes untuk keperluan vitamin dan tenaga yang berterusan.

Bau Meal Shakes Shaklee yang sangat harum (french vanilla) sangat mengujakan bila minum.

Selain minum Meal Shakes Shaklee, saya bagi tips untuk mengelakkan dan mengurangkan loya-loya anda.

Makan sedikit dan kerap.
Perut yang kosong boleh menambahkan loya. Kekalkan tahap gula secara stabil dan darah. Cuba makan makanan kering dan hambar dalam jumlah sedikit sepanjang hari.

Makan apa dan bila anda kehendaki.
Tetapi elakkan daripada makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng dan kurangkan makan lemak secara amnya. Ambil makanan yang kaya dengan protein dan vitamin B seperti yogurt. Makanan yang mudah dimakan dan dihadam seperti biskut juga boleh diambil.

Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil anda.
Luangkan sedikit masa untuk makan biskut tersebut pada waktu pagi dan berehat sebelum turun dari katil.

Tulis dalam diari bila anda berasa lebih teruk dan lebih baik
Selalunya terdapat pola harian dan terdapat waktu tertentu pada setiap hari untuk anda makan atau minum tanpa terengah-engah.

Cuba minum di antara waktu makan
Terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula. Hadkan minuman semasa makan. Pastikan anda minum dengan kerap. Cuba hisap kuib ais jika anda muntah air.

Dapatkan rehat yang secukupnya
Ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

Hidu buah lemon
Bau sepotong buah lemon boleh mengurangkan loya anda. Tambahkan beberapa hiris buah lemon ke dalam teh ais atau air berkarbonat.

Minum teh halia
Sediakan teh halia menggunakan akar yang disagat atau ambil sirap halia atau pil. Halia baik untuk melegakan perut dan mengurangkan loya. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati. Ia juga tidak berkesan bagi sesetengah orang.

Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. 
Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan (Meal Shakes Shaklee) boleh mengurangkan mabuk kehamilan.
Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

Cuba terapi semula jadi
Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

Beritahu seseorang
Berbincang dengan seseorang yang memahami akan membantu anda. Anda juga boleh berbual dengan ibu-ibu lain yang dalam tahap kehamilan yang sama dengan anda.


Lain-lain testimoni Meal Shakes Shaklee :
1) Selepas 2 minggu , selsema dah tiada, selera makan meningkat
2) Sangat sesuai untuk anak yang picky eater macam anak saya
3) Tengok lengan anakku, dah makin bam bam


Hubungi saya,
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

0 comments:

Post a Comment