Wednesday, May 28, 2014

Info Sihat : Ketahui Punca-Punca Rambut Gugur

Assalamualaikum...

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan rambut gugur dengan serius. Keguguran rambut biasanya jelas kelihatan apabila seseorang menyikat rambut atau rambut menjadi jarang di kulit kepala.



1) Stress dan Tekanan

Tahukan anda, hormon seks wanita iaitu estrogen menggalakkan pertumbuhan rambut yang tebal. Walaubagaimanapun, wanita juga menghasilkan sedikit hormon adrogen. Jika kuantiti hormon androgen meningkat, ia juga salah satu sebab yang menyebabkan keguguran rambut.

Hormon androgen dihasilkan secara aktif jika seseorang wanita itu mengalami stress atau tekanan. Jadi, kurangkan tekanan dan rehatlah sebaik mungkin.


2) Penggunaan Produk yang Tidak Sesuai

Keguguran rambut juga berpunca daripada penggunaan produk yang tidak sesuai atau produk untuk melunturkan rambut, mewarnakan rambut, meluruskan rambut dan mengerintingkan rambut. Penggunaan produk sebegini akan memutuskan rambut tetapi bukanlah menggugurkan rambut daripada akarnya.

Jadi untuk mengurangkannya, gunakan syampu yang betul dan sesuai dengan rambut, elakkan mencuci rambut terlalu kerap serta kurangkan penggunaan pewarna rambut dan produk-produk penggayaan rambut.

3) Pemakanan yang Tidak Seimbang

Rambut juga memerlukan vitamin yang cukup untuk kesuburan serta kesihatannya yang maksimum. Mungkin nampak remeh tetapi ini mungkin punca rambut kita sering gugur. pemakanan yang seimbang sangat digalakkan bukan sahaja untuk kesihatan badan, malah juga untuk kesihatan rambut.

Untuk kesihatan rambut, ambillah makanan seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Alternatif yang lebih baik adalah dengan pengambilan makanan tambahan. Dalam rangkaian suplemen Shaklee anda boleh mencuba ESP dan Zink Kompleks.

4) Perubahan Hormon

Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak juga merupakan salah satu punca keguguran rambut. Ramai wanita mengalami hormon tidak stabil selepas melahirkan anak.

5) Faktor Genetik

Jika seseorang ibu atau ayah mengalami masalah rambut gugur apabila umur meningkat, anak-anak turut bakal mewarisi.

6) Selalu Menarik Rambut

Ada wanita mempunyai sikap suka menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya. Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut.

Walaupun kita bertudung, penjagaan rambut haruslah dijaga, untuk suami tersayang juga. Untuk keharmonian rumahtangga anda.



Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

2 comments:

  1. stress selalu buat rambut fizi gugur..huhu fizi follow sini juga..:)

    ReplyDelete