Tuesday, September 16, 2014

Info Menarik : Apakah Hari Malaysia?

Assalamualaikum...

Selamat Hari Malaysia!!! Apa aktiviti hari nie? Saya? esok saya cerita hehehehe...

Tahukah anda apakah beza Hari Merdeka dan Hari Malaysia?

Hari Merdeka disambut di seluruh negara pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511. Manakala Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.


Sedikit info sejarah, pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Selamat bercuti!!!


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

0 comments:

Post a Comment