Salam Jumaat, hari nie saya nak share tentang hukum memeluk anak perempunnya yang sudah baligh.
Soalan:
Apakah hukum seorang bapa memeluk danmencium anak perempuannya sendiri yang relah baligh dan dewasa?
Jawapan:
Seorang bapa memeluk dan mencium anak perempuannya di bahagian kepala, pipi atau antara kedua matanya dalam bentuk kasih sayang adalah harus, sekalipun anak perempuannya telah baligh, besar dan dewasa dengan syarat bebas dari fitnah atau bebeas dari rangsangan syahwat.
Namun dilarang dari mencium mulut, kerana ciuman mulut hanya di antara suami dan isteri kerana kebiasannya ia dapat merangsangkan syahwat. Pernah ditanya kepada al-Imam Ahmad:
"Bolehkah seorang lelaki mencium wanita yang mahram dengannya?"
Jawab Imam Ahmad, Maksudnya :
"(Boleh) jika dia (lelaki itu) baru pulang dari permusafiran, dan dia tidak bimbangkan dirinya (dari fitnah)."
Kata Ibn Muflih, Maksudnya :
"akan tetapi tidak boleh melakukan ciuman pada mulut sama sekali, (sebaliknya) pada dahi atau kepala." (al-Adab al-Syar'iyyah 2/256)
D dalam al-Iqna' (3/156) dinyatakan pula:
Maksudnya:
"Dan tidak mengapa bagi yang baru pulang dari permusafiran mencium wanita-wanita mahram dengannya, jika dia tidak bimbangkan (firnah) terhadap dirinya. Akan tetapi jangan melakukan ciuman pada mulut, sebaliknya pada dahi atau kepala."
Di dalam al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah 13/130 dinyatakan:
Maksudnya:
"Tidak boleh bagi seseorang lelaki mencium mulut lelaki lain atau tangannya atau anggota lain, demikian juga tidak boleh seorang wanita mencium wanita lain, berpelukan dan bersentuhan badan dan seumpamanya. semua itu (dilarang) jika dalam bentuk syahwat. Perkara ini tiada perbezaan di kalangan fuqaha'...adapun jika ciuman itu bukan pada mulut dan dalam bentuk kebaikan dan kemuliaan atau bertujuan kasih sayang ketika bertemu dan berpisah, maka tidak mengapa."
Pernah ditanya kepada al-Syeikh Ibn Baz RH:
"Apakah boleh seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa dan melepasi umur baligh, sama ada anak perempuan itu telah berkahwin atau belum, sama ada ciuman di tangan atau mulutnya dan seumpamanya. JIka anak perempuannya yang menciumnya di tempat-tempat itu apa pula hukumnya?"
Jawab beliau:
"Tidak mengapa seorang lelaki mencium anak perempuannya yang telah dewasa mahupun yang kecil tanpa syahwat, dan dilakukan di pipi jika anak perempuannya itu telah besar berdasarkan apa yang telah thabit daripada Abu Bakr al-Siddiq RA, yang pernah mencium anak perempuannya 'Aisyah RA di bahagian pipi. (Namun) ciuman pada mulut kadang-kadang boleh menimbulkan syahwat, maka tidak melakukannya adalah lebih afdhal dan lebih berhati-hati. Demikian juga anak perempuan seseorang, boleh mencium bapanya di hidung atau kepala tanpa syahwat. Adapun jika beserta dengan syahwat, maka diharamkan semua perkara itu bagi mengelak fitnah dan menutup jalan kepada perkara yang keji." (Fatwa Islamiyyah 3/78,79)
Wallahu a'lam.
sumber : bin-sahak.blogspot.com
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Thank you for sharing dear
ReplyDeleteNice sharing.. kunjung balas kat sini.. done follow back..
ReplyDeleteinfo yang bermanfaat,terimakasih sudah share :)
ReplyDelete