Assalamualaikum....
LONDON: Satu kajian dilakukan sebuah universiti di Britain
terhadap minuman ringan, menemui bukti bahawa ia boleh menyebabkan
kerosakan sel yang teruk, selain berupaya mematikan bahagian penting
DNA manusia.
Masalah itu yang lebih kerap dikaitkan dengan
mereka yang berusia lanjut dan penagih arak, juga boleh
menyebabkan kerosakan limpa serta penyakit Parkinson.
Penemuan
terbaru itu dijangka memberi kesan serius kepada beratus juta
orang di seluruh dunia yang gemar meminum minuman ringan bergas
atau berkarbonat.
Pada masa sama penemuan itu meningkatkan
kontroversi mengenai bahan pengawet yang dikaitkan dengan
masalah hiperaktif di kalangan kanak-kanak.
Profesor biologi
molekul dari Universiti Sheffield, Peter Piper, berkata perhatian
kini tertumpu kepada keselamatan bahan E211 yang juga dikenali
sebagai sodium benzoate, bahan pengawet yang sejak berdekad lalu
digunakan dalam industri minuman berkarbonat bernilai £74 bilion
(RM481 bilion) di seluruh dunia.
Beliau berkata ia wujud
secara semula jadi di dalam buah beri, tetapi digunakan dalam
kuantiti besar untuk mengelak minuman ringan berkulat. Ia juga
digunakan di dalam sos dan jeruk.
Beliau yang menjalankan
kajian kesan terhadap sodium benzoate ke atas kulat hidup di
makmalnya mendapati bahan itu memusnahkan bahan penting DNA di dalam sel
yang dikenali mitochondria.
“Bahan kimia ini mempunyai
keupayaan untuk menyebabkan kerosakan teruk DNA dalam
mitochondria hingga ke peringkat ia tidak aktif sama sekali malah
membunuhnya terus. Hasil penemuan ini amat membimbangkan,”
katanya.
Prof Piper berkata, mitochondria menyerap oksigen
untuk memberi tenaga kepada manusia dan jika ia musnah, sel
tubuh akan mengalami masalah fungsi yang serius.
“Pelbagai
penyakit kini dikaitkan dengan kerosakan DNA, antaranya termasuk
penyakit Parkinson dan mempercepatkan proses penuaan manusia,”
katanya.
Beliau menasihati ibu bapa lebih berwaspada
ketika membeli minuman yang mengandungi bahan pengawet dan memastikan
kuantiti di dalamnya disahkan selamat. Beliau turut melahirkan
kebimbangan kesan buruk yang bakal dihadapi dikalangan
kanak-kanak yang minum banyak minuman berkarbonat.
Agensi
Piawaian Makanan (FSA) menyokong penggunaan sodium benzoate di
Britain dan menyatakan penggunaannya diluluskan Kesatuan Eropah
(EU). Bagaimanapun semalam, anggota parlimen menggesa siasatan
dilakukan segera terhadap bahan itu.
Ahli parlimen Liberal
Demokrat, Norman Baker, berkata banyak bahan pengawet adalah
baru dan kesan jangka panjangnya tidak dapat dipastikan. Kajian
lanjut perlu dilakukan FSA. – Agensi
sumber : bintang kejora
Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
entry ni mengingatkn sy kpd jiran mak cik sy yg meninggal dunia krn minuman bergas...
ReplyDeleteye ke maikcik Khai Rin, maaf, x bermaksud nak wat acik sedih....sekadar perkongsian dan untuk mengingatkan kawan2 dan diri saya sendiri...
ReplyDelete