Sunday, August 31, 2014

Info : 19 Fakta Sejarah Menarik Tentang Malaysia Yang Mesti Anda Tahu

Assalamualaikum...

Selamat Hari Merdeka!!! Jom baca 19 fakta menarik tentang Malaysia yang saya rasa tak semua orang tahu :)

1. Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular di kalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma-Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/Portugis).

2. Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10. Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi rumpun bangsa Melayu.

3. Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20hb Feb, 1956.


4. Pada tarikh 31hb Ogos 1957, adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.

5. Lembah Bujang yang terletak di sepanjang kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskit iaitu nama pangkal "Bujang" atau "Bhujangga" yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat.


6. Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16hb September 1963. Ianya direka oleh seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru iaitu En. Mohamad Bin Hamzah. Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa pindaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei  1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950. Allahyarham Mohamad Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.

7. Pejabat Daerah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam. Pokok getah ini telah dibawa masuk oleh H.N. Ridley dari London's Kew Gardens pada tahun 1877.


8. Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-Tan dan Chich-Tu.

9. Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarahkan oleh B.S. Rajhann dan diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal Chemical Company yang berpengkalan di Singapura. Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al-Attas.

Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay  Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao.

10. Penang Free School merupakan Sekolah Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816.

11. Nasi Kandar merupakan sejenis makanan tersohor di kalangan penduduk Malaysia sekarang pada asalnya dibawa masuk oleh pendatang India Muslim dimana yang terbaik adalah di Pulau Pinang dengan keistimewaan bahan-bahan masakan tersendiri. Antara kedai-kedai nasi kandar tersohor ialah di Flat Kampung Melayu, di Ayer Hitam, Line Clear di Jalan Penang dan bertentangan dengan pasar di Jelutung.


12. Waktu Tempatan di Malaysia telah diubah beberapa kali sepanjang sejarah Malaysia. Pada 31hb Disember, 1930 , waktu tempatan telah dipercepatkan sebanyak 10 minit untuk memanjangkan waktu siang. Pada 1hb September 1941, ianya ditambah lagi 10 minit. Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun, waktu di Malaya telah dipercepatkan ke depan sebanyak 2 jam untuk disamakan dengan waktu di Jepun.

Tahun 1945, ianya telah diundur balik 2 jam seperti pada tahun 1941. Dan pada 1hb Januari 1982, waktu di Semenanjung Malaysia telah dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan ia sebagai waktu standard Malaysia. Di bawah ini adalah sejarah perubahan waktu di Malaysia yang direkodkan oleh Wikipedia.


13. Kota Bharu merupakan tempat bermulanya tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941. pendaratan tentera Jepun melalui darat bermula di Singora, Thailand dan pendaratan Jepun melalui udara melalui Pantai Sabak, Kota Bharu. Dengan hanya menggunakan basikal (istilah Bicycle-Blitzkrieg), tentera Jepun mengambil masa selama 45 hari untuk maju ke Singapura (di mana ia merupakan Pusat terpenting dalam Empayar British selepas London) dan berjaya menaklukinya.

14. Landasan keretapi pertama di bina di Malaya adalah di antara Port Weld (sekarang - Kuala Sepetang) ke Taiping pada tahun 1885 dan ianya sepanjang13.6KM.


15. Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini pada 1hb Ogos 1956. Ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan Pengkalan Baru yang berharga $590,000. Lapangan terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C pada tahun 30an.

16. Kok Shoo Yin merupakan pemegang Sijil Warganegara Malaysia yang pertama di Malaysia apabila dia menerima Sijil tersebut pada 14hb November 1957.

17. Tahukah anda bahawa tarikh asal penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah pada 31hb Ogos 1963. Namun apabila tarikh tersebut tiba dan perbincangan tidak selesai, penubuhan Malaysia ditangguh kepada 16hb September 1963. Walaubagimanapun, Singapura di bawah Lee Kuan Yew telah mengisytiharkan merdeka pada 31hb Ogos 1963 iaitu dua minggu lebih awal daripada tarikh yang ditetapkan.

18. Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM). Lambang bintang tiga itu adalah mewakili 3 kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis Cina (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya.

Pada 23hb Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman Komunis. 200 orang pengganas Komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan,  200 orang pengganas Komunis ini diketuai orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis.

19. Yap Ah Loy atau nama sebenarnya Yap Tet Loy, di Wilayah Kwangtung, China pada tahun 1837.  Beliau berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya untuk bekerja   di sebuag lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya mengahwini Kok Kang Keown, seorang gadis tempatan Melaka. Setelah beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Sungai Ujong. Kapitan Cina Kuala Lumpur pada masa itu, Liu Ngim Kong, mempelawa beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu pengurusan perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi warga yang terkenal di Kuala Lumpur dan beliau telah membina kuil Sze Si Yeah.

Keberanian dan kepimpinannya telah membawa kepada perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun. Beliau telah berjaya mengembangkan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar yang maju dan terkenal sehingga menarik minat ramai untuk berhijrah ke sana. Seterusnya pada tahun 1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula, beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun. 

sumber : ohdunia.my


Rose Azadir
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

0 comments:

Post a Comment