Assalamualaikum.....
Masa saya browsing internet semalam jumpa satu artikel ini. Cam best jer...
Jom saya kongsikan kat sini untuk kesejahteraan rumah tangga kita semua :)
8 cara untuk menjadi suami terhebat.
1) Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.
2) Mengajarkan Ilmu-Ilmu Agama
Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.
3) Suami yang Matang
Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.
4) Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita menjadi suami yang hanya tahu memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan anak-anak.
5) Suami yang 'Independent'
Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah, anda pasti akan nampak hasilnya nanti!
6) Mempunyai Prinsip dan Pendirian
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.
7) Menjaga Anak-anak Bersama Isteri
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung, tetapi setelah selamat bersalin, suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung. Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yagn anda berikan.
8) Jadilah Suami yang Serba Tahu
Suami yagn serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
sumber : mamapeduli.info
Rose Azadir
SMS / Whatsapp / Line / WeChat : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
Monday, August 25, 2014
Home »
Makanan Rohani
» Makanan Rohani : 8 Cara Untuk Menjadi Suami Terhebat
Makanan Rohani : 8 Cara Untuk Menjadi Suami Terhebat
Related Posts:
Makanan Rohani : Doa Sukar Tidur MalamAssalamualaikum... Antara penyakit-penyakit yang sering diadukan kepada perawat ialah masalah sukar untuk tidur malam ataupun dikenali imsomnia. Sebagaimana yang kita tahu, jangka waktu tidur setiap orang adalah berbeza, … Read More
Makanan Rohani : Fadilat Ramadhan dan Hikmah BerpuasaAssalamualaikum... Selamat berpuasa semua, semalam first day anak saya belajar berpuasa, pukul 8.30 pagi dah mintak sirap sejuk, sabo je la...Tapi berjaya juga dia puasa separuh hari, Alhamdulillah. Hari nie tak tau pula ape… Read More
Makanan Rohani : Mengapa Kentut / Buang Angin Membatalkan Wudhu?Assalamualaikum... Mengapa kentut atau buang angin membatalkan wudhu? Jawapan paling umum adalah kerana ini masalah ibadah. Ibadah adalah perkara tauqifiyah yang harus berlandaskan syariat. Seperti apa ketetapan Allah dan Ra… Read More
Makanan Rohani : 8 Cara Untuk Menjadi Suami TerhebatAssalamualaikum..... Masa saya browsing internet semalam jumpa satu artikel ini. Cam best jer... Jom saya kongsikan kat sini untuk kesejahteraan rumah tangga kita semua :) 8 cara untuk menjadi suami terhebat. 1) Imam Sola… Read More
Makanan Rohani : Hukum Seorang Bapa Memeluk Anak Perempuannya Yang Sudah BalighAssalamualaikum... Salam Jumaat, hari nie saya nak share tentang hukum memeluk anak perempunnya yang sudah baligh. Soalan: Apakah hukum seorang bapa memeluk danmencium anak perempuannya sendiri yang relah baligh dan dewasa… Read More
0 comments:
Post a Comment