Wednesday, August 13, 2014

Info Sihat : Apakah Virus Ebola? Bagaimana Boleh Merebak? Apakah Gejala2 Penyakit Ini?

Assalamualaikum...

Sedikit perkongsian ilmu tentang virus Ebola....

Apakah Penyakit Ebola?

Ebola atau Ebola Virus Disease (EVD) ialah nama sejenis penyakit demam berdarah yang membawa maut kepada manusia. Sehingga ke hari ini, belum ada ubat atau rawatan yang boleh menyembuhkan penyakit ini. Seperti yang telah direkodkan, penyakit yang sangat berbahaya ini telah membunuh 50% - 90% orang yang dijangkitinya. Ebola mula dikesan pada tahun 1976 di Sudan dan Congo (Barat Afrika) di mana nama 'Ebola' di ambil sempena nama sebatang sungai.


Bagaimana Virus Ebola Boleh Merebak?

Pembawa UTAMA ialah haiwan seperti kelawar dan khinzir. Ada yang melaporkan monyet, gorilla, chimpanzi dan antelope juga terlibat. Apabila manusia yang sihat menyentuh BENDALIR atau DARAH daripada haiwan yang telah dijangkiti ini, mereka akan terjangkit. Di Afrika, kebiasaannya pegawai perubatan haiwanlah yang mula-mula dijangkiti. Namun ada sesetengah orang Afrika dijangkiti setelah memakan haiwan ini walaupun mereka pasti haiwan itu sihat sahaja sebelum dimakan.

Terdapat 5 kategori virus Ebola yang dipecahkan mengikut negara dan setakat ini hanya 1 kategori iaitu Reston Ebola Virus (RESTV) sahaja tidak membawa maut kepada manusia. RESTV ini dikesan di Filipina dan China melalui haiwan ternakan mereka - khinzir. Meskipun wabak maut oleh khinzir di kedua-dua negara itu baru-baru ini tidak melibatkan RESTV, tetapi virus Ebola jenis ini masih dapat dikesan hadir di dalam sel darah haiwan tersebut. 

Pembawa KEDUA ialah manusia yang telah dijangkiti wabak maut itu. Sama seperti di atas, ia merebak, melalui darah, hingus dan cecair dalam badan. Ini termasuklah hubungan SEKS dan seangkatan. Malahan lelaki yang baru sahaja pulih dari Ebola, masih mampu memindahkan penyakit itu melalui SPERMAnya walaupun sudah 7 minggu sembuh! Selain itu, abu mayat manusia yang dijangkiti dan dibakar (mengikut sesetengah ritual kematian) juga boleh merebakkan Ebola jika disentuh.

Manakala setakat ini masih belum ada bukti Ebola boleh tersebar melalui UDARA. Cuma yang dikesan ialah penyebaran dari haiwan ke haiwan (khinzir) walaupun haiwan itu tidak diletakkan berdekatan. Maka sebab itulah penyakit ini dikategorikan sebagai SENJATA Biologi KELAS A.


Gejala (Simptom) Penyakit Ebola

Kebiasannya ia bermula dengan selsema tiba-tiba kemudian diikuti dengan keletihan, demam, sakit sendi dan sakit perut. Muntah, cirit birit dan hilang selera makan juga adalah biasa. Kadang-kadang ada juga yang kering tekak, sakit dada, susah bernafas dan susah menelan. Secara purata penyakit Ebola hanya dapat DISAHKAN setelah 8-10 hari tetapi boleh juga berbeza-beza antara 2-21 hari. Ruam pada kulit juga kebiasannya berlaku dalam 50% kes yang dilaporkan. NAMUN gejala yang membawa MAUT ini agak serupa dengan malaria dan denggi sehinggalah ke tahap pendarahan.


sumber : yellowcatch.blogspot.com


Rose Azadir
SMS / Whatsapp / Line / WeChat : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

1 comment:

  1. macam2 pulak virus yang ada.. sblum ni dengar dr tv je pasal Ebola.. penyakit pun pandai main bola.. masa FIFA hari tu ramai orang demam bola.. :P

    blogwalking.

    ReplyDelete