Mengapa kentut atau buang angin membatalkan wudhu? Jawapan paling umum adalah kerana ini masalah ibadah. Ibadah adalah perkara tauqifiyah yang harus berlandaskan syariat. Seperti apa ketetapan Allah dan Rasul-Nya, umat Islam wajib mengikutinya.
Tidak berhenti pada jawapan itu, Direktor Asosiasi Riset Ilmiah Universiti Al-Azhar Sheikh Ali Ahmad Al Jurjawi terus memikirkan masalah ini, hingga kemudia ia mengungkap hikmah dan rahsia mengapa buang angin membatalkan wudhu.
Berikut ini penjelasan beliau yang dibukukan dalam Hikmatut Tasyri wa Falsafatuh (Indahnya Syaria Islam; Mengungkap Rahsia dan Hikmah di Balik Perintah Larangan dalam Al Quran dan Sunnah):
Angin yang keluar dari tubuh manusia ada empat:
1) Yang keluar dari dubur (lubang belakang)
2) Yang keluar dari qubul (lubang depan/kemaluan)
3) Yang keluar dari mulut
4) Yang keluar dari hidung.
Kebijaksanaan Allah, Sang Pemilik syariat menjadikan angin yang keluar dari dubur saja yang membatalkan wudhu. Kerana ia melewati kotoran ketika keluar.
Yang keluar dari mulut tidak membatalkan wudhu kerana melewati tempat yang tidak mengandungi kotoran, yakni tekak/mulut. Demikian juga yang keluar dari hidung.
Sedangkan yang keluar dari dubul, sekalipun melewati tempat keluarnya air kencing, tetapi baunya hilang, bahkan seringnya keluar tanpa disedari, sehingga tidak membatalkan wudhu.
Inilah hikmah dan rahsia mengapa angin yang keluar dari dubur membatalkan wudhu.
Maha Suci Allah yang telah mengatur segala perkara dengan sangat bijaksana.
sumber : media dakwah online
Rose Azadir
SMS / Whatsapp / Line / WeChat : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
nt boleh bgtau anak2 kenapa kentut batal wudhu'
ReplyDeletetq