Thursday, January 22, 2015

5 Cara Mudah Mendidik Anak Kecil Mendekati Allah

Assalamualaikum...

Pasti di sini ramai yang mempunyai anak kecil. Kita sebagai ibu bapa pasti mengharapkan mereka menjadi anak yang soleh dan solehah.

Tetapi mendidik anak kecil bukanlah mudah. Mereka biasanya sangat suka bertanya dan meniru setiap perbuatan yang di lakukan oleh ibu bapa. Jadi, jagalah tingkah laku dan percakapan kita di hadapan anak-anak.

Pendidikan kanak-kanak untuk mendekati Allah ini seharusnya dimulakan dari rumah lagi, dan bukan diletakkan sepenuhnya di atas bahu guru tadika atau ustaz ustazah di sekolah. Hanya ibu bapa sahaja yang mengenali karakter anak-anak mereka.


Gunakan cara yang kreatif dan sertakan dengan doa agar usaha kita dupermudahkan oleh-Nya. Senario yang diserta ini adalah yang dilalui oleh kebanyakan ibu bapa pada hari ini.

1) "Ibu, Allah mana?"

Kanak-kanak sering ingin tahu di mana Allah. Mereka membayangkan Allah berada di atas langit sana.

Adik : Ibu, Allah mana?
Ibu : Ok. Adik rasa ibu sayang adik tak?

Adik : Sayang.
Ibu : Adik nampak ke love-love-love (buat gaya love dengan tangan) terkeluar dari badan ibu?

Adik : Tak nampak tapi adik tahulah.
Ibu : Macam mana adik tahu?

Adik : Ibu sayang adik. Belikan adik hadiah. Bawa adik jalan-jalan.
Ibu ;  Allah macam tu lah sayang. Allah ada di mana-mana. Kita tak dapat tengok Allah tapi kita tahu Allah sayang kita kan. Allah hantar ibu dan ayah jaga adik, atuk dan nenek dan semua orang sayang adik. Allah sayang adik tak?

Adik : Allah sayang adik, ibu!

Doa agar diberi anak yang baik:


2) Sewaktu di Taman

Ibu bapa yang membawa anak beriadah di taman rekreasi boleh memberitahu mereka bahawa daun-daun di pohon sentiasa berzikir mengingati Allah. Mereka pasti akan bertanya kenapa? Terangkan bahawa pohon juga tahu berterima kasih kepada Allah yang memberi hujan ke atas mereka.

Tiada orang yang sanggup menyiram semua pokok di taman. Pokok pun tahu menyayangi Allah, apatah lagi kita manusia yang diberikan kaki untuk berlari dan bergembira di taman seperti ini. Cakap bersama mereka, "Subhanallah, baiknya Allah! Sayangkan taman dan juga kami semua!".

3) Sewaktu Mencari Parking

Kebiasannya di hujung minggu, ibu bapa ada meluangkan masa membawa anak-anak ke kompleks membeli belah. Keadaan parking biasanya penuh kerana hujung minggu. Anak kecil biasanya kurang sabar untuk keluar dari kenderaan kerana suasana yang malap dan membosankan.

Masuk sahaja ke kawasan parking, minta mereka untuk berdoa kepada Allah. Ajarkan mereka ayatnya. "Ya Allah, cepatkanlah Ayah boleh parking kereta. Adik nak jalan-jalan dengan ibu dan ayah". Parking biasanya akan ditemui juga nanti, walaupun lambat.

Bila berjaya beritahu mereka, "Oh, doa adik telah dijawab Allah. Nasib adik berdoa kalau tak mesti tak dapat parking. Allah sayangkan adik!" Biasakan mereka merasa bangga dengan doa itu. Mereka akan selalu berdoa jika tahu doa mereka didengar.

Doa diberikan zuriat yang menyenangkan hati:


4) Sewaktu Meminta Sesuatu

Kanak-kanak biasanya suka meminta dibelikan sesuatu. Sekiranya mereka meminta sesuatu daripada anda, biasakan mereka untuk berdoa meminta sesuatu daripada anda, biasakan mereka untuk berdoa dan bercerita kepada Allah. Contohnya, "Ya Allah, adik anak beli patung Frozen, adik teringin sangat, tolonglah Ya Allah".

Beritahu juga Allah akan menilai perbuatan baik yang dilakukannya. Setiap kali anda berkesempatan memberikan sesuatu seperti makanan kegemaran atau permainan yang diminta, katakan "Allah hantar hadiah untuk adik. Allah makbulkan doa adik. Allah sayang sangat pada adik".

Puji usaha yang dibuatnya walaupun kecil seperti memakai pakaian sendiri, ucap salam kepada yang tua, yang menjadi penyebab doanya diterima Allah. Bayangkan jika seorang kanak-kanak sering menerima hadiah dari Allah. Hatinya pastu berbunga-bunga untuk lebih menyayangi dan mengenali Allah.

5) Sewaktu Meminta Bersolat

Bagi anak yang mencapai umur 7 tahun, kita harus mula mengajarnya untuk bersolat. Pada peringkat umur ini, mereka biasanya sedikit playful dan mudah lalai. Guna ayat menyuruh yang lembut seperti, "Abang dah doakan ibu sayang? siapa lagi nak doakan ibu. Solat abang jer boleh kirim pahala kat ibu".

Gunakan kasih sayang dan minta belas kasihan untuk meminta mereka bersolat. Elakkan memarahi dengan kata-kata megatif seperti, "Kenapa tak solat lagi? Nak masuk neraka?". Kata-kata seperti ini akan menyebabkan mereka rasa solat itu begitu menyusahkan. Mereka menyayangi anda. Jadi biarkan mereka solat untuk menghantar hadiah kepada anda. Beritahu mereka itu adalah hadiah yang paling anda gemari di dunia ini, dan juga di sana nanti.

Doa agar anak tetap mengerjakan solat:



Jiwa kanak-kanak adalah sengat bersih, suci dan murni. Tanamkan asas yang kukuh tentang Islam itu mudah dan keperluan untuk sentiasa berdoa kepada Allah. Beri kefahaman sepenuhnya bahawa jika mereka menjaga hubungan dengan Allah, maka Allah akan menjaga mereka.

Kita memang tidak akan dapat mengejar perkembangan teknologi di zaman mereka, tetapi yakinlah denagn pencetus teknologi itu iaitu Allah S.W.T.

Semoga amanah ini akan kita jaga sebaiknya sebagai saham di akhirat kelak.

sumber : sweetmuslimah.com

Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380

0 comments:

Post a Comment