Friday, January 2, 2015

Makanan Rohani : Mari Kenali Nabi Muhammad S.A.W

Assalamualaikum....

Kali nie saya nak share tentang biodata Nabi Muhammad S.A.W.
Untuk mengingatkan diri sendiri dan juga anda semua. Orang kata tak kenal maka tak cintakan?

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Tarikh Lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah, sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat Lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

Nama Bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim

Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf

Pengasuh Pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah S.A.W)

Ibu Susu Pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

Ibu Susu Kedua : Halimah binti Abu Zhuib As-Saadiah (lebih dikenali sebagai Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)


Usia 5 Tahun

Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

Usia 6 Tahun

Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

Usia 8 Tahun

Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Usia 9 Tahun (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang lahir pada masa itu.

Usia 20 Tahun

Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad S.A.W ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

Usia 25 Tahun

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwalid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda S.A.W bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

Usia 35 Tahun

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah S.A.W diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

Usia 40 Tahun

Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

Usia 53 Tahun

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

Usia 63 Tahun 

Kewafatan Rasulullah S.A.W di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.


Isteri-Isteri Rasulullah S.A.W
  • Khadijah Binti Khuwailid
  • Saudah Binti Zam-ah
  • Aisyah Binti Abu Bakar (Anak Saidina Abu Bakar)
  • Hafsah Binti 'Umar (Anak Saidina 'Umar bin Al-Khattab)
  • Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  • Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  • Zainab Binti Jahsy
  • Maimunah Binti Harith
  • Safiyah Binti Huyai Bin Akhtab
  • Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin'; Ibu Orang Miskin)
Anak-Anak Rasulullah S.A.W
  1. Qasim
  2. Abdullah
  3. Ibrahim
  4. Zainab
  5. Ruqaiyah
  6. Ummi Kalthum
  7. Fatimah Al-Zahra


Anak Tiri Rasulullah S.A.W

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah Al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).


Saudara Sesusu Rasulullah S.A.W

Ibu Susuan/Saudara Susuan
  1. Thuwaibah
  2. Hamzah
  3. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
Saudara Susuan
  1. Halimah Al-Saidiyyah
  2. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
  3. Abdullah bin Harith bin Abdul 'Uzza
  4. Syaima' binti Harith bin Abdul 'Uzza
  5. 'Aisyah binti Harith bin Abdul 'Uzza
sumber : Islam2u.net


Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

3 comments:

  1. Alhamdulillah..nice one, selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah SAW..

    ReplyDelete
  2. Thanks sebab share info ni. Walau umumnya kita dah belajar, tapi elok di ulang2 kan?

    Hi! rose. balas bertandang! sori ambik masa lama. hujong tahon dan awak tahon, masa agak terhad!

    ReplyDelete