Wednesday, January 21, 2015

Info Sihat : Risiko, Faktor dan Tanda-tanda Awal Strok / Angin Ahmar

Assalamualaikum...

Strok ataupun dikenali sebagai angin ahmar adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok.

Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa. 


Apakah Strok/Angin Ahmar?

Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.

Bahagian otak itu mula mati anda akan mengalami strok. Dengan pantas, dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Apakah Risiko yang Menyumbang Kepada Strok?
  • Umur - semakin meningkat unur, semakin berisiko untuk mendapat strok/angin ahmar.
  • Jantina - mengikut kajian, lelaki lebih berisiko untuk mendapat strok berbanding wanita.
  • Sejarah keluarga - risiko lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga anda menghidap strok/angin ahmar


Apakah Faktor Penyebab Strok / Angin Ahmar?
  • Paras kolesterol tinggi
  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing Manis
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan
  • Tekanan / Stress
  • Minum minuman keras secara berlebihan


Apakah Tanda-tanda Awal Serangan Penyakit Strok / Angin Ahmar?
  • Rasa lemah, kebas di bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
  • Susah untuk bertutur atau memahami pertuturan orang lain
  • Rasa semut-semut atau kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
  • Penglihatan kabur secara tiba-tiba sama ada pada kedua-dua belah mata atau sebelah mata
  • Sukar berjalan atau hilang imbangan badan
  • Sukar menelan
Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, cepat2 lah berjumpa dengan doktor, supaya penyakit ini tidak melarat.


Rose A
SMS / Whatsapp : 012 577 9380


0 comments:

Post a Comment