Salam Isnin, pagi nie mesti kebanyakan ibu bapa sibuk menghantar anak ke sekolah, lagi2 yang mempunyai anak yang baru masuk darjah satu atau tingkatan satu. Sekolah baru, cikgu baru, kawan-kawan baru, segala-segalanya baru dan asing.
Semoga segala urusan dipermudahkannya....
Hari nie saya nak berkongsi tentang detox. Sebab akhir-akhir nie ramai yang tanya saya tentang detox, perlu ker kita detox badan kita, dan macam-macam soalan lagi.
Apakah Detox?
Detoksifikasi adalah proses penyingkiran himpunan toksin yang terkumpul di dalam tubuh badan terutamanya di hati, kolon, ginjal, darah dan sistem limfotik.
Tubuh manusia secara fitrahnya mempunyai kekuatan dalaman yang mampu mengawal kesihatan diri, tetapi mekanisme ini tidak akan berfungsi apabila tubuh anda telah dilonggokkan dengan terlalu banyak himpunanan toksin.
Keadaan menjadi semakin serius apabila toksin ini tidak dapat dikeluarkan dengan sempurna dan badan juga tidak mendapat zat nutrien yang secukupnya (40 jenis nutrien).
Masalah berat badan berlebihan berpunca daripada perut. Untuk kekal langsing (dan sihat), sistem gastrointertinal mesti berfungsi dengan sempurna. Usus anda sebagai saluran paip longkang dalam sinki dapur anda.
Gris dan lain-lain bahan buangan sentiasa mengalir keluar melaluinya. Jika ianya tidak selalu dibersihkan, bahagian dalam paip itu akan berlekat dan menjadi tersumbat.
Bila ini berlaku dalam usus, metabolisme anda akan menjadi perlahan dan tubuh akan kehilangan keupayaan untuk menyerap nutrien daripada bahan makanan yang anda makan (jadi ianya akan menghantar isyarat untuk mendapatkan lebih banyak makanan).
Anda akan rasa letih dan tidak bermaya dan tubuh anda akan menyimpan air dan anda menghadapi masalah berat badan.
Pembersihan saluran gastrointestinal mempengaruhi kesihatan dan membawa kesan terhadap perubahan berat badan. Jika tubuh anda sihat, sistem anda hanya perlukan masa antara 24 hingga 48 jam untuk mencerna makanan, menyerap nutrien dan mengeluarkan bahan buangan.
Pada masa ini kebanyakan orang mengambil 2, 3 atau 5 kali lebih lama dariapda ini. Ini bererti bahan buangan berada dalam usus bagi jangkamasa yang amat lama. Bahan buangan menjadi "berlekat" atau "termampat", ini membawa kepada masalah membuang air besar dan masalah berat badan.
Usus manusia berfungsi untuk menyerap nutrition termasuklah trace mineral, vitamin air adan sebagainya.
Setiap hari kita makan dan makanan melalui usus besar kita. Da akhirnya lebihan makanan yang diserap tersebut akan menjadi bahan buangan. Malangnya, tidak semua bahan buangan tersebut dapat dibuang. Ia melekat di dinding usus tersebut.
Akibatnya sel yang menyerap nutrition tersebut tersumbat dan menyebabkan organ badan tidak mendapat bekalan nutrition tersebut.
Sebab itu banyak penyakit berpunca dari kolon yang dipenuhi toksin di dalam usus. Contohnya, jika sering sakit kepala, bermaksud sel di kepala gagal mendapat nutrition, puncanya tiada nutrition yang diserap oleh usus yang menyerap nutrition kerana tersumbat.
Apakah Manfaat Detox?
- Mencegah penyakit
- Mengistirehatkan organ tubuh
- Membersihkan bahagian dalam tubuh
- Membersihkan jerawat
- Melambatkan proses penuaan
- Meningkatkat kesuburan
Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
great :)
ReplyDeletesalams hari isnin :) kak mieja bw :)
ReplyDelete