Friday, January 23, 2015

Info Sihat : Ketahui Punca dan Cara Menghapuskan Bau Badan

Assalamualaikum....

Pernah tak anda duduk sembang2 dengan kawan tiba2 terbau bau yang tak besh dari badan diorang? atau anda balik rumah dari kerja cium ketiak sendiri, ada bau tak? kalau takde bau Alhamdulillah tapi kalau ada bau? kena cepat2 bersihkan diri, baru la orang nak dekat dengan kita.

Anda risau dengan masalah bau badan anda? Sudah mencuba pelbagai cara tapi belum berjaya? Jika penyembur badan ataupun deodoran masih tidak mampu mengatasinya, selain menjaga kebersihan tubuh badan, kita boleh mengatasi masalah ini dengan pengambilan makanan yang betul.



Apakah Punca Bau Badan?

Bau badan berpunca daripada bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna. Dalam pengambilan pelbagai jenis makanan, sebahagiannya ditukarkan ke dalam bentuk sisa buangan dan toksin. Toksin ini mudah disingkirkan jika ginjal, hati dan saluran usus berfungsi dengan baik.

Hakikatnya, semua orang mempunyai bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Ada dua kelenjar menghasilkan peluh iaitu Eccrine dan Apocrine.

Kelenjar Eccrine bersambung terus ke permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium dan elektrolit. Peluh yang dihasilkan oleh Eccrine bersifat tulen dan jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan keruh. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Di sini, lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh yang menyebabkan bau kurang menyenangkan terhasil.

Bau badan dicipta oleh sejenis hormon di panggil pheromones. Hormon ini akan menghasilkan bau yang lebih kuat apabila kelenjar apocrine mula dijangkiti bakteria.


Siapakah yang Sering Mengalami Masalah Bau Badan?
  • Remaja yang akil baligh kerana mengalami perubahan hormon
  • Pesakit yang obes atau terlalu gemuk kerana sering mengambil ubat khusus
  • Faktor genetik
  • Diet pemakanan - kerap mengambil makanan berempah, minuman berkafein, bawang putih, daging, telur, kekacang dan ikan
  • Perokok
  • Pesakit tiroid
  • Hypoglicemia
  • Pesakit kencing manis
  • Mereka yang kurang menjaga kebersihan badan

Makanan yang Menjadi Punca Bau Badan
  • Daging merah
  • Alkohol
  • Ikan - sesetengah orang mengalami masalah metabolisme yang menyebabkan mereka berbau seperti ikan selepas memakan ikan terutama salmon
  • Asparagus
  • Serbuk kari / jintan
  • Coffee
  • Makanan ringan


Cara Menghapuskan Bau Badan
  • Kerap mandi - sekurang-kurangnya 2 kali sehari
  • Memakai pakaian yang diperbuat daripada kapas (cotton) dan longgar
  • Berhenti merokok
  • Elakkan makanan yang boleh menjadi punca bau badan
  • Mencukur bulu ketiak
  • Amalkan pemakanan sayur-sayuran dan buah-buahan
  • Amalkan pengambilan Alfalfa secara konsisten

Rose A
SMS / Whatapp : 012 577 9380

0 comments:

Post a Comment