Friday, January 16, 2015

Info Sihat : Ketahui Cara Jangkitan dan Kaedah Rawatan Penyakit Impetigo

Assalamualaikum....


Impetigo adalah jangkitan pada kulit yang disebabkan oleh bakteria tertentu (Streptococcus atau Staphylococcus). Bakteria tersebut memasuki bahagian kulit yang rosak disebabkan menggaru, luka atau lain-lain masalah kulit. Ia biasa berlaku pada bayi dan kanak-kanak. Ia juga mudah tersebar kepada orang lain.


Bagaimana ia berlaku?
Ia bermula dengan gelembung-gelembung kecil dan akhirnya pecah dan mengeluarkan cecair. Cecair tersebut akan kering dan menghasilkan kulit keras yang berwarna coklat kekuningan.

Bahagian badan manakah ia berlaku?
Ia selalu dilihat pada bahagian muka di sekeliling mulut dan hidung. Bagaimanapun ia juga boleh terjadi pada bahagian lain badan terutamanya bahagian yang terdedah.  

Bagaimana ia berjangkit?
Penyakit ini mudah berjangkit melalui beberapa cara:
  • Bersentuhan badan dengan orang yang dijangkiti penyakit ini.
  • Berkongsi pakaian, tuala atau tempat tidur dengan orang yang dijangkiti. Ia juga boleh merebak daripada satu bahagian badan kepada behagian badan lain.
Komplikasi
Jika impetigo tidak dirawat, kanak-kanak akan mengalami:
  • Demam / Sepsis
  • Cellulitis
  • Osteomyelitis
  • Kadang kala jangkitan bakteria Streptococcus ini boleh membawa kepada penyakit buah pinggang yang serius dipanggil Glomerulonephritis
  • Pada bayi, penyakit ini lebih tersebar luas dan lebih teruk
Apakah yang patut anda lakukan apabila anak anda mengalami impetigo?
  • Bawa anak anda berjumpa doktor
  • Rawatan dengan ubat sapu mungkin diperlukan
  • Antibiotik melalui mulut mungkin diperlukan jika penyakit ini tersebar luas dan lebih teruk
Tindakan lain:
  • Basuh dengan cermat bahagian kulit yang keras dengan sabun / larutan antiseptik dan air 3-4 kali sehari
  • Menahan diri daripada menggaru bahagian tersebut untuk mengelakkan ia merebak ke bahagian lain.
Bagaimana jangkitan ini dapat dielakkan?
  • Jauhkan kanak-kanak daripada sekolah atau pusar jagaan sehingga sembuh
  • Elakkan berkongsi tuala, pakaian dan cadar
  • Basuh tangan dengan bersih menggunakan sabun dan air selepas bersentuhan dengan kulit yang dijangkiti
  • Pastikan kuku sentiasa pendek dan bersih
  • Pastikan ubat diambil mengikut preskripsi doktor
sumber : myhealth.gov.my

Selain daripada mendapatkan rawatan doktor, anda juga boleh mengambil Vivix Shaklee yang mampu merawat penyakit ini, In Shaa Allah.

Ingin dapatkan Vivix Shaklee dengan harga yang istimewa?


Hubungi saya,
Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

1 comment: