Monday, January 5, 2015

Sejarah Hidup Dr Forrest C Shaklee - Pengasas Shaklee Corporation

Assalamualaikum....

Shaklee Corporation diasaskan oleh seorang doktor yang bernama Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1956. Kisahnya bermula seawal tahun 1915 lagi, dimana Dr. Shaklee telah mencipta suplemen pertama di dunia yang dinamakan sebagai 'Vitalized Minerals' (sekarang dikenali sebagai Vitalea).

Beliau sedar bahawa sains dan alam semulajadi mampu digabungkan untuk menjadi penawar terbaik untuk kesihatan manusia. Antara falsafah penting yang beliau pegang ialah 'Living in Harmony with Nature'.

Berpegang kepada prinsip di atas, Dr Shaklee telah mengasaskan produk suplemen semula jadi dan pencuci terbaik yang mesra alam sekitar. Produk-produk ini menjadi asas pembentukan syarikat Shaklee dengan konsep "Mencipta Kehidupan Yang Lebih Baik".



Sejarah Dr Forrest Clell Shaklee

Dr Forrest Clell Shaklee dilahirkan pada bulan November tahun 1894 di Carlisle, Iowa. Sewaktu beliau dilahirkan, beliau disahkan mengidap penyakit 'tuberculosis' (batuk kering). Doktor kemudian meramalkan beliau hanya boleh hidup sehingga berumur 8 tahun.

Disebabkan penyakit beliau, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah dari Carlisles (kawasan lombong arang batu) ke utara iowa kerana mereka percaya rawatan terbaik untuk batuk kering adalah udara yang bersih dan segar serta rehat yang mencukupi.

Zaman kanak-kanak beliau banyak dihabiskan dengan berehat dan memerharitkan alam sekitar. Apabila beliau sudah meningkat remaja, doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau dan mengatakan penyakit tuberculosis beliau adalah terkawal. Walau bagaimanapun, beliau tetap tidak sesihat dan secergas remaja lain yang seusia dengannya.

---bersambung---

Rose A
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com

0 comments:

Post a Comment