Tanda-tanda penyakit akibat keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu anda ketahui bahawa tidak semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.
Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh kulat. Ini termasuklah wanita hamil.
Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil.
Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stress ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.
1) Jernih
Sekiranya lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal.
Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stress. Malah, keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.
2) Putih
Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. Malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda menderita jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita.
3) Putih Pekat
Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina.
Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca dariapda jangkitan candida albicans.
4) Coklat
Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis.
Warna coklat tersebut timbul akibat pendarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.
5) Merah Muda
Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin.
Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.
Anda boleh mengamalkan memakan Alfalfa Complex Shaklee untuk mengatasi masalah ini.
Rose A
Shaklee ID : 933408
SMS / Whatsapp / Telegram : 012 577 9380
Facebook : Rose Azadir
E-mail : razadir@gmail.com
0 comments:
Post a Comment